Kes Gangguan Seksual Dalam E-Hailing: Lesen PSV Pemandu Dibatalkan
Dalam pada itu, Grab turut memohon maaf dengan kejadian gangguan seksual itu dan akan mengambil tindakan tegas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Hari ini (3 Februari), Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan bahawa pihak mereka memandang serius mengenai insiden gangguan seksual yang melibatkan seorang pemandu e-hailing terhadap penumpang di Johor Bahru.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, beliau telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya membatalkan Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) pemandu Grab terbabit dengan serta-merta.
“Tindakan itu bermaksud pemandu tersebut tidak dibenarkan berkhidmat sebagai pemandu di semua platform e-hailing,” katanya.
Semua Pengendali E-Hailing Akan Dipanggil, Bentang Pelan Penambahbaikan Keselamatan
Dalam masa sama, MOT melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) juga akan memanggil semua pengendali e-hailing termasuk Grab untuk membentangkan pelan tindakan penambahbaikan untuk keselamatan para penumpang.
“Kami tidak akan bertoleransi dengan sebarang tingkah laku yang mengganggu gugat keselamatan penumpang dan bersedia untuk menyokong pihak mangsa dalam memastikan tindakan polis diambil terhadap pihak pelaku,” tambah Loke, lapor Kosmo.
Grab Pandang Serius Kes Gangguan Seksual, Mohon Maaf & Akan Ambil Tindakan Susulan
Sementara itu, Grab Malaysia turut tampil memohon maaf atas kejadian gangguan seksual yang berlaku melibatkan penumpang dan pemandu mereka.
Memetik Malay Mail, pihak Grab berkata mereka amat kesal dengan insiden terbabit dan akan mengambil tindakan tegas.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Kami sedia maklum mengenai laporan itu dan sedang giat menghubungi penumpang yang terkesan bagi menyiasat perkara ini serta memberikan sokongan sewajarnya,” jelas Grab dalam ruangan komen di sebuah posting di laman Instagram sebelum ini.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang pemandu e-hailing melakukan gangguan seksual terhadap seorang penumpang wanita.
Video yang dilaporkan dirakam sendiri oleh penumpang terbabit menunjukkan pemandu terbabit sedang menghulurkan tangannya ke belakang untuk menyentuh wanita tersebut, namun tangannya itu ditepis.
Menerusi subtitle yang dikongsikan, pemandu sama juga didakwa ada bertanya tentang umur wanita berkenaan serta berapa ‘harganya’ dalam bahasa Mandarin.
Grab Malaysia has apologised following allegations that a female passenger was sexually harassed by an e-hailing driver in Johor. In a comment posted on Instagram, the company said it was “deeply sorry” over the incident and acknowledged the seriousness of the matter.
— Malay Mail (@malaymail) February 3, 2026
Grab said… pic.twitter.com/qnpWg4cyFF



