KPDN Serbu Restoran Guna Logo Halal Palsu, Eksploitasi Ayat Al-Quran & Kalimah Allah
Pihak penguatkuasa KPDN Perak telah menyita beberapa barangan termasuklah set kalimah ALLAH serta Muhammad diperbuat daripada kayu dan plastik.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Logo dan sijil halal sangat penting buat umat Islam sekiranya melancong dan mengembara ke kawasan baharu.
Jika di Malaysia, Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sangat penting bagi para Muslim sebagai jaminan bahawa produk atau premis makanan adalah bersih, selamat digunakan dan mematuhi hukum syarak.
Pun begitu, segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menggunakan istilah-istilah islamik atau logo halal palsu semata-mata untuk menarik pelanggan ke kedai makan mereka.
Baca Artikel Berkaitan: Jangan Guna Buffet Ramadan & Seumpamanya Jika Tiada Sijil Halal Malaysia – JHEAINS
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Masih Keliru, Ini Perkara Yang Perlu Diketahui Tentang Sijil Halal
Baca Artikel Berkaitan: 76% Pemilik Sijil Halal Di Pulau Pinang Adalah Syarikat Bukan Muslim
Kedai Makan Tanpa Sijil Halal Sah Ditahan, Salah Guna Kalimah Allah
Semalam (29 Januari), sebuah restoran di Teluk Intan, diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak selepas disyaki menggunakan logo halal tidak sah.
Dalam serbuan sama, pihak KPDN turut mendapati bahawa pemilik premis terbabit mengeksploitasi kalimah Allah dan ayat suci al-Quran bagi menarik kedatangan pelanggan ke sana.
Menurut Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail, pemeriksaan pihaknya mendapati premis tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen perakuan atau pengesahan halal daripada JAKIM.
“Premis tersebut juga didapati menggunakan dua pekerja bukan beragama Islam sepenuhnya dalam penyediaan makanan dan minuman termasuk tukang masak,” dedah Kamalludin.
Susulan itu, pemilik premis telah dikenakan tindakan dan ditahan bagi mengambil keterangan untuk siasatan lanjut.

Barangan Tertulis Kalimah Allah & Ayat Al-Quran Disita, Boleh Manipulasi Pelanggan Muslim
Dalam pada itu, pihak penguatkuasa turut merampas beberapa barangan termasuklah set kalimah ALLAH dan Muhammad diperbuat daripada kayu serta plastik, satu al-Quran hiasan dinding serta salinan Lesen Majlis Perbandaran Teluk Intan dan Daftar Perniagaan (SSM).
“Nilai keseluruhan sitaan dianggarkan berjumlah RM500. Siasatan dijalankan di bawah Perenggan 4, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011,” ujar beliau.
Jelas Kamalludin lagi, penggunaan takrif halal, ayat suci al-Quran serta logo halal tidak sah adalah satu perkara yang serius memandangkan perbuatan itu mampu memperdaya dan mengelirukan pengguna, khususnya orang Islam.
Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2024: Tempoh Proses Sijil Halal Kini Dipendekkan Kepada 30 Hari
Laporkan Kepada KPDN Jika Dapati Ada Premis Makanan Salah Guna Logo Halal Atau Ayat Islamik
Sementara itu, KPDN turut mengingatkan pengusaha restoran dan syarikat supaya sentiasa berhati-hati selain memastikan setiap makanan, barangan, perkhidmatan hanya menggunakan perakuan serta penandaan halal yang sah.
“Penggunaan sebarang ungkapan atau representasi halal perlu mematuhi peruntukan undang-undang yang ditetapkan,” kata Kamalludin.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan kesalahan perihal halal boleh menyalurkan aduan kepada KPDN melalui:
- Talian WhatsApp di 019-848 8000
- Portal e-Aduan KPDN
- Talian 1-800-886-800
- Aplikasi telefon pintar EzAdu KPDN
Baca Artikel Berkaitan: Tiada Sijil Halal, KPDN Serbu Kedai Makan Papar Pelekat ‘Muslim Kitchen’ Untuk Tarik Pelanggan
Baca Artikel Berkaitan: Orang Boleh Keliru, Istilah ‘Muslim Choice’ Bukan Penanda Halal JAKIM
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣠â‘✮💻₊ ⊹






