fbpx
Now Reading
Ketua Pengarah & Timbalan KP JAS Ditahan SPRM Berkaitan Kes Rasuah e-Waste

Ketua Pengarah & Timbalan KP JAS Ditahan SPRM Berkaitan Kes Rasuah e-Waste

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan tentang penahanan KP dan Timbalan KP JAS itu dan difahamkan mereka akan ditahan reman hari ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan isu pengurusan sisa elektronik (e-waste).

Difahamkan, kedua-dua suspek ditahan sekitar jam 6.30 semalam (29 Januari) selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Pada ketika ini, siasatan SPRM juga difahamkan meneliti dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan e-waste yang dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Azam Baki sahkan penahanan, SPRM tidak akan berkompromi

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan tentang penahanan itu dan menyatakan kedua-dua individu terbabit disiasat di bawah peruntukan Akta SPRM 2009.

“Saya mengesahkan penahanan itu dan ketika ini siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh dan profesional mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Saya menegaskan SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam perbuatan rasuah, tanpa mengira kedudukan atau jawatan,” katanya dipetik Berita Harian.

Memetik Berita Harian, kedua-dua pegawai tertinggi JAS itu akan direman di Mahkamah Putrajaya hari ini (30 Januari).

Sehingga 3,000 kontena e-waste diseludup masuk ke Malaysia

Sebelum ini, media melaporkan SPRM akan memperhebatkan siasatan mengenai kegiatan pengimportan sisa elektronik secara haram dengan pelancaran Op Nature pada 20 Februari susulan risikan yang mendedahkan antara 2,000 hingga 3,000 kontena e-waste telah diseludup masuk ke Malaysia melalui pelabuhan utama.

Malah, hasil risikan SPRM juga mendapati warga asing disyaki menjadi dalang mengimport e-waste, plastik dan kertas secara haram untuk diproses bagi tujuan kitar semula.

Tidak hanya itu, pihak berkuasa juga disyaki bersubahat, berkaitan kes pencemaran berterusan angkara e-waste dibawa masuk secara haram ke negara ini.

Susulan itu, pada Isnin lalu (26 Januari) sebanyak 16 akaun bank dilaporkan telah dibekukan membabitkan nilai kira-kira RM10.2 juga selain wang tunai bernilai RM87,000 dan barang kes bernilai sekitar RM220,000 turut disita.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.