Ramai Rakyat Malaysia Terpaksa Kerja Lepas Bersara, Perlu Tanggung Ibu Ayah & Anak – Kajian
Menurut kajian, faktor lain yang mendorong rakyat Malaysia terpaksa bekerja selepas bersara adalah keperluan pendapatan, mencari makna serta kepuasan hidup dan banyak lagi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ramai di kalangan pekerja yang sudah berusia menantikan hari persaraan mereka tiba. Mana tidaknya, selepas berpuluh tahun berhempas pulas mencari rezeki yang banyak dan berkat untuk menampung keperluan keluarga, pasti mereka mahukan rehat yang panjang pula.
Kadangkala disebabkan terlampau sibuk dengan hal dunia, sesetengah individu tidak sempat menikmati hidup mereka dan tersekat dengan rutin kerja yang sama pada setiap hari.
Bagaimanapun, impian untuk berehat secukupnya semasa di fasa persaraan hanyalah angan-angan bagi sesetengah orang. Hal ini kerana sesetengah rakyat Malaysia memilih atau terpaksa bekerja melepasi umur persaraan rasmi.
Baca Artikel Berkaitan: Jangan Harapkan KWSP Je! Pakar Kewangan Kongsi Sumber Income Ketika Bersara
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Capai Simpanan RM1 Juta Ketika Bersara Meski Gaji Permulaan RM1,700 – KWSP
Baca Artikel Berkaitan: Cadangan Umur Pengeluaran KWSP Dinaikkan Kepada 65 Tahun Undang Pelbagai Reaksi
64% Rakyat Malaysia Jangka Akan Masih Bekerja Selepas Bersara
Terbaharu, dapatan Kaji Selidik Persaraan Serantau Sun Life, bertajuk ‘Retirement Reimagined: Asia’s Retirement Divide’ mendapati 64% responden dari Malaysia menjangkakan mereka akan terus bekerja atau sudah pun bekerja selepas umur persaraan.
Ini menunjukkan jurang yang ketara antara mereka yang bersedia dari aspek kewangan ketika sudah lanjut usia dengan mereka yang masih bergelut untuk mencapai keselamatan kewangan (financial security).
Jelas Presiden dan Ketua Negara Sun Life Malaysia, Ho Teck Seng, persaraan pada ketika ini bukan lagi satu penanda masa yang tetap.
“Kami melihat jurang yang semakin melebar antara mereka yang bekerja untuk memenuhi aspirasi peribadi dan mereka yang bekerja kerana terpaksa.
“Tekanan ini paling dirasai oleh generasi ‘sandwich’ yang menanggung keperluan ibu bapa serta anak-anak serentak dan Sun Life percaya keselamatan kewangan tidak boleh dibiarkan kepada istilah ‘kebetulan’,” katanya.
Faktor Lain Individu Kerja Selepas Bersara
Berikut adalah antara faktor lain yang menyebabkan rakyat Malaysia masih bekerja selepas bersara:
- Keperluan pendapatan (63% responden)
- Mencari makna dan kepuasan hidup (53%)
- Rangsangan mental (53%)
- Kekalkan hubungan sosial (52%)
Bagaimanapun, ada juga segelintir berpendapat bahawa persaraan ini sepatutnya dijadikan pilihan peribadi seseorang bukannya ketetapan berdasarkan had umur, sejajar dengan realiti Malaysia yang sedang bergerak pantas ke arah masyarakat menua.
2 Kelompok Bentuk Persaraan Di Asia
Kaji selidik ini turut mengenal pasti dua laluan persaraan utama di Asia iaitu kumpulan ‘Gold Star Planners’ dan ‘Stalled Starters’.
- Gold Star Planners: Bersedia dari segi kewangan dan mempunyai kebebasan memilih bila serta bagaimana mereka mahu bersara
- Stalled Starters: Menangguhkan persaraan kerana kekangan kewangan
68% responden memilih laluan Gold Star Planners atas faktor kesejahteraan dan tujuan hidup manakala 67% yang memilih Stalled Starters menangguhkan persaraan kerana mahu menyimpan lebih banyak wang.
Selain itu, hampir separuh responden yang menunggu fasa bersara melihat kestabilan kewangan sebagai sebab utama, manakala lebih separuh yang berpandangan negatif bimbang tidak mempunyai wang mencukupi dan tidak mampu menyokong keperluan keluarga.
Tak Ramai Yang Sudah Ada Pelan Persaraan
Menerusi dapatan sama, 30% di kalangan penduduk Asia tidak membuat perancangan awal untuk kehidupan selepas bersara, sebaliknya hanya 15% yang benar-benar yakin dengan pelan persaraan mereka.
Generasi ‘sandwich’ pula terpaksa downgrade gaya hidup atau menangguhkan persaraan kerana bebanan kewangan.
Bukan itu sahaja, faktor kesihatan seseorang juga menjadi dorongan terbesar sama ada mereka memilih untuk bekerja sehingga tua atau bersara pada waktu ditetapkan.
Sebagai info, generasi sandwich merujuk kepada golongan dewasa yang menanggung anak dan juga ibu bapa mereka.
Kebanyakan generasi sandwish adalah daripada kalangan Gen X, dan ada segelintir daripada golongan millennials.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Gembira, Rasa Tenang Selepas ‘Downgrade’ Gaya Hidup Untuk Kehidupan Yang Lebih Selesa



