fbpx
Now Reading
Tular Penunggang Motosikal Cedera Dihempap Warung Burger Terjatuh Dari Lori [Video]

Tular Penunggang Motosikal Cedera Dihempap Warung Burger Terjatuh Dari Lori [Video]

Terdahulu, tular rakaman dashcam yang memaparkan seorang penunggang motosikal ditimpa warung burger yang sedang dibawa menaiki oleh sebuah lori.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

“Berpantang maut sebelum ajal”

Begitulah peribahasa yang sesuai digunakan untuk seorang penunggang motosikal yang tular di media sosial apabila nyaris maut selepas warung burger yang ditunda sebuah lori terjatuh dan menimpanya.

Difahamkan, kejadian terbabit dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang 20 Januari lalu di Jalan Medan Saujana 3, Kamunting, Perak.

Rakaman dashcam sewaktu kejadian berlaku tular sejak semalam (27 Januari) membabitkan lori jenis Hino, sebuah motosikal dan sebuah kereta jenis Proton Saga.

Warung burger ditunda lori masuk jalan sehala

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Abdul Malek Ismail berkata, siasatan awal mendapati lori dipandu lelaki berusia 30 tahun itu sedang menunda warung burger dari arah Taiping menghala ke Kamunting dan memasuki jalan sehala sebelum dipercayai hilang kawalan.

“Akibatnya, warung burger itu terjatuh ke atas jalan dan menimpa sebuah motosikal yang ditunggang lelaki berusia 28 tahun serta sebuah Proton Saga FL dipandu wanita berusia 34 tahun.

“Pemandu kereta dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala penunggang motosikal cedera ringan di dahi dan leher selain luka pada tangan serta kaki,” katanya dipetik Berita Harian.

Mangsa dirawat di Hospital Taiping

Menurut Abdul Malek, satu saman telah dikeluarkan terhadap pemandu lori terbabit sementara penunggang motosikal itu pula menerima rawatan di Hospital Taiping.

Terdahulu, tular rakaman dashcam yang memaparkan seorang penunggang motosikal ditimpa warung burger yang sedang dibawa menaiki oleh sebuah lori.

Dalam rakaman terbabit, kelihatan lori berkenaan memasuki sebuah selekoh persimpangan jalan sebelum secara tiba-tiba warung burger yang ditundanya terbalik.

Warung tersebut kemudiannya menimpa seorang penunggang motosikal selain turut terkena sebuah kereta yang berada berdekatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.