fbpx
Now Reading
Warga Emas & 70 Kucing Terkorban Dalam Kebakaran Di Kota Bharu, Rumah Hampir Musnah 100%

Warga Emas & 70 Kucing Terkorban Dalam Kebakaran Di Kota Bharu, Rumah Hampir Musnah 100%

Menurut anak angkat kepada mangsa, Norhaeda Azahari, sebanyak lima ekor anjing liar yang sering berkeliaran di rumah itu turut mati.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Satu insiden menyayat hati dilaporkan berlaku di Kota Bharu, Kelantan semalam (26 Januari), melibatkan seorang warga emas yang terkorban dalam kebakaran di sebuah rumah.

Mangsa, Fatimah Mat Said berusia 89 tahun, yang difahamkan dalam keadaan uzur dengan penglihatan yang kurang baik tidak berjaya menyelamatkan diri ketika rumah dijilat api.

Anak Angkat Mangsa Di Luar Atas Urusan Kerja Ketika Kebakaran Berlaku

Menurut anak angkat kepada mangsa, Norhaeda Azahari, 51, insiden membuatkan dia kini kehilangan ibu angkatnya dan puluhan haiwan peliharaan termasuk beberapa ekor anjing yang sering berkeliaran di rumahnya.

“Saya kehilangan ibu angkat, 70 ekor kucing dan lima anjing sekelip mata,” katanya yang merupakan pemilik rumah tersebut.

Difahamkan dia ketika itu sedang berada di Pengkalan Chepa atas urusan kerja sebelum menerima panggilan telefon sekitar jam 6 petang yang memaklumkan tentang kebakaran.

Namun sebaik tiba di rumah, api sedang marak dan dia menerima khabar duka bahawa Fatimah tidak sempat menyelamatkan diri.

“70 ekor kucing yang dipelihara dan berada dalam sangkar rentung. Lima ekor anjing liar yang sering saya diberi makan dan berkeliaran di rumah juga mati.

“Saya masih terkejut dengan kejadian ini, kerana insan dan semua haiwan kesayangan hilang sekelip mata,” katanya dipetik Sinar Harian.

Saksi Nampak Mangsa Lambai Tangan, Jerit Minta Tolong

Dalam masa sama, seorang saksi mendedahkan mendengar bunyi seakan-akan objek jatuh sebelum melihat mangsa melambai tangan sambil menjerit meminta pertolongan.

Dia yang telah lama mengenali mangsa ketika itu sedang minum petang di kediaman yang terletak kira-kira 20 meter dari rumah yang terbakat itu.

“Api sedang marak ketika itu dan saya ternampak mangsa terjatuh ke bahagian bawah rumah. Saya tidak dapat membantu kerana haba terlalu panas dan terus menghubungi pihak bomba,” katanya.

Rumah Hampir Musnah Sepenuhnya Akibat Kebakaran

Terdahulu, media melaporkan mayat seorang wanita warga emas dalam keadaan rentung yang ditemukan dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Tok Guru semalam (26 Januari).

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan II, Satyuti Satar, panggilan kecemasan diterima oleh pihaknya pada jam 5.58 petang.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati rumah tersebut sudah hangus sebanyak 98%. Seramai 27 anggota dikerahkan untuk operasi memadam kebakaran ini,” katanya.

Mayat Fatimah berjaya dibawa keluar oleh pihak polis dan bomba sekitar jam 8.39 malam selepas operasi memadamkan kebakaran dilakukan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Azmir Damiri mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Kepada 4 Beradik Maut Dalam Kebakaran Terkilan, Tak Sempat Tunai Hajat Anak Mahu Baju Raya Warna Hitam

Baca Artikel Berkaitan: Pesara Hilang 9 Kediaman & Harta Benda Lebih RM1.5 Juta Akibat Tragedi Kebakaran Paip Gas Putra Heights

Baca Artikel Berkaitan: Majlis Kahwin Jadi Tragedi! Lebih 100 Tetamu Maut Akibat Kebakaran Berpunca Dari Percikan Bunga Api [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.