“Isu Sebenar Pendidikan, Bukan Akses” – CCC Bantah Larangan Media Sosial Bawah Umur 16 Tahun
Menurut wakil Consumer Choice Center, CCC Malaysia, Tarmizi Anuwar, cadangan larangan penggunaan media sosial untuk individu bawah umur 16 tahun itu adalah tidak munasabah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada tahun lalu, kerajaan mengumumkan cadangan melarang akses media sosial buat individu bawah umur 16 tahun yang akan dilaksanakan bermula tahun 2026 sebagai langkah proaktif bagi melindungi anak daripada ancaman negatif online.
Menurut Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Dr Loga Bala Mohan, inisiatif yang diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) itu merupakan tindakan yang perlu diambil bagi melindungi keselamatan kanak-kanak dan remaja.
Jelas Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pula, langkah itu adalah penting untuk mengekang jenayah siber rentas usia serta melindungi kanak-kanak daripada risiko eksploitasi dalam talian dan pemangsa seksual.
Baca Artikel Berkaitan: Budak Bawah 16 Tahun Dilarang Buka Akaun Media Sosial Bermula 2026
Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Akan Sekat Kanak-Kanak Bawah 16 Tahun Dari Platform Media Sosial – Fahmi Fadzil
Malah, cadangan tersebut turut mendapat reaksi positif ramai pihak yang mana kebanyakan golongan ibu bapa serta dewasa bersetuju dengan larangan berkenaan. Pun begitu, ada juga sesetengah pihak yang memberikan respon berbeza.
Tingkah Laku & Pendidikan Yang Penting, Bukan Akses Kepada Media Sosial – CCC
Hari ini (20 Januari), wakil Pusat Pilihan Pengguna (Consumer Choice Center, CCC) Malaysia, Tarmizi Anuwar berkata bahawa cadangan kerajaan untuk mengenakan larangan menyeluruh penggunaan media sosial terhadap kanak-kanak di bawah umur 16 tahun bermula 2026 adalah tidak munasabah dan sukar untuk dikuatkuasakan.
Ia dipercayai akan mendatangkan lebih banyak mudarat daripada yang baik. Menurut Tarmizi, pendekatan itu tidak akan menyelesaikan isu risiko keselamatan anak atas talian sebaliknya hanya membuka ruang kepada penggunaan media sosial yang tidak terkawal.
“Melarang media sosial tidak menyelesaikan masalah asas. Ia hanya menyembunyikannya. Isu sebenar ialah pendidikan, tingkah laku dan tanggungjawab digital, bukan semata-mata akses,” katanya,” lapor Sinar Harian.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Minta Ibu Bapa Pantau Konten Kanak-kanak Di Media Sosial, Ada Lagu Tunjuk Contoh Tak Baik [Video]
Larangan Akses Media Sosial Tingkat Risiko Anak Buat Akaun Anonimous
Pendekatan akses media sosial berlandaskan umur ini juga dikatakan mampu menyebabkan remaja atau kanak-kanak memanipulasi umur sebenar mereka dengan cara membuka akaun anonimous (tidak mendedahkan identiti sebenar).
Akaun sebegitu juga tidak memerlukan anak untuk mendapatkan pengawasan ibu bapa atau perlindungan undang-undang.
CCC yang memetik kajian akademik mendapati larangan tersebut tidak terbukti berkesan dalam meningkatkan kesihatan mental atau keselamatan anak-anak dalam talian.

Baca Artikel Berkaitan: Permainan Video Ganas Boleh Sebabkan Kanak-kanak Alami Masalah Mental
Baca Artikel Berkaitan: ‘Membimbangkan!’ – 424,000 Kanak-Kanak Berdepan Dengan Isu Kesihatan Mental
Larangan Umur Lambatkan Perkembangan Digital Remaja
Dapatan kajian terbitan jurnal JMIR Mental Health pada 2024 menyimpulkan bahawa bukti sedia ada dikatakan tidak mencukupi untuk menyokong larangan media sosial sebagai titik penyelesaian terhadap isu kesejahteraan belia.
Jelas Tarmizi, bagi memperoleh kesejahteraan remaja, kemahiran pengawalan emosi dan tingkah laku digital yang perlu dititikberatkan bukannya sekatan yang dicadangkan kerajaan.
“Penyelidikan oleh Profesor Madya Jennifer Alford dari Griffith University dan Australian Academy of the Humanities pula memberi amaran bahawa dasar larangan umur merupakan alat yang tumpul dan boleh melambatkan kematangan digital serta mengekang akses remaja kepada rangkaian sokongan sosial,” dedahnya.
Remaja Perlu Bersedia Dengan Kemahiran Digital Untuk Kegunaan Semasa Dewasa
Seperti yang kita tahu, ramai golongan dewasa kini bergantung kepada komunikasi digital termasuklah penggunaan media sosial dalam urusan harian mereka dan hal pekerjaan. Justeru, larangan remaja dan kanak-kanak daripada mengakses media sosial tidak menyediakan mereka untuk realiti kehidupan alam dewasa.
“Media sosial hari ini ialah sebahagian daripada infrastruktur komunikasi. Golongan muda belajar menilai maklumat, membina interaksi sosial dan memahami sempadan melalui pendedahan berperingkat, bukan pengasingan total.”

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Kongsi Gambar Atau Video Budak Di Media Sosial Tanpa Izin Satu Jenayah?
Cadangan Diusulkan CCC Agar Anak Lebih Bersedia Dengan Dunia Digital
Susulan itu, CCC menggesa kerajaan mempertimbangkan pendekatan yang lebih berkesan untuk keperluan anak terutamanya pendidikan literasi digital.
Antara langkah dicadangkan adalah:
- Pendidikan digital dan literasi media yang lebih baik di sekolah
- Penglibatan dan kesedaran ibu bapa yang lebih kukuh
- Sokongan terhadap daya tahan emosi dan pemikiran kritikal dalam kalangan golongan muda
- Pemeliharaan pilihan individu berdasarkan nilai keluarga dan tahap kematangan
“Dasar yang baik membina keupayaan, bukan tembok. Matlamat kita seharusnya melahirkan generasi yang yakin dan berdaya tahan secara digital, bukan generasi yang tidak bersedia menghadapi dunia dalam talian,” tambahnya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: “Desperate Sangat Ke Nak Anak Diam?” – Coach Parenting Tegur Ibu Bapa Tak Kawal Anak Kecil Guna Media Sosial