Mahkamah Bebaskan Bung Mokhtar Berhubung Kes Rasuah RM2.8 Juta, Tuduhan Terhadap Zizie Kekal
Semasa prosiding, Hakim membebaskan Bung Mokhtar selepas dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa bahawa pendakwaan tidak berhasrat meneruskan kes berkenaan berikutan kematian tertuduh pada 5 Disember lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini (16 Januari) melepas dan membebaskan Bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Mokhtar Radin daripada tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM2.8 juta yang dihadapinya.
Difahamkan, keputusan itu diputuskan selepas pendakwaan tidak berhasrat untuk meneruskan prosiding terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu yang telah meninggal dunia pada 5 Disember 2025.
Allahyarham yang juga bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA itu sebelum ini berdepan tiga tuduhan rasuah membabitkan kelulusan agensi berkenaan dalam pelaburan berjumlah RM150 juta di unit amanah Public Mutual.
Kes terhadap Zizie akan diteruskan
Memetik laporan Berita Harian, bagaimanapun pendakwaan menolak representasi yang dikemukakan balunya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad untuk menggugurkan tiga tuduhan bersubahat melakukan kesalahan rasuah terbabit.
Susulan itu, kes terhadap Zizie akan diteruskan dengan perbicaraan yang ditetapkan pada 5, 6 dan 12 Mac ini.
Wang jaminan dan pasport milik arwah Bung Mokhtar dikembalikan
Semasa prosiding, Hakim Rosli Ahmad membebaskan Bung Mokhtar selepas dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin Hou, pendakwaan tidak berhasrat meneruskan kes berkenaan berikutan kematian tertuduh pada 5 Disember lalu.
Ujar Chin Hou, pendakwaan telah memutuskan untuk tidak meneruskan kes terhadap Bung Moktar selaku tertuduh pertama menurut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah.
Sehubungan itu, Rosli melepaskan dan membebaskan bekas Pengerusi BN Sabah itu dan memerintahkan wang jaminan berjumlah RM100,000 dan pasport miliknya dikembalikan.
Pada prosiding terbabit, arwah Bung Moktar diwakili oleh peguam Ashok Athimulan sementara peguam Teh See Khoon pula mewakili Zizie Izette.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Rasuah RM2.8 Juta Unit Amanah: Bung Moktar, Zizie Dilepas & Dibebaskan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kes Rasuah : Bung Mokhtar & Zizie Izette Diarah Bela Diri
Baca Artikel Berkaitan: Sanusi Dakwa Ada ‘Tangan Ghaib’ Dalam Kes Ahmad Zahid, Bung Moktar dan Zizie [Video]



