fbpx
Now Reading
Wartawan Dikatakan Aju Soalan Unsur Perkauman, FMT Tampil Mohon Maaf

Wartawan Dikatakan Aju Soalan Unsur Perkauman, FMT Tampil Mohon Maaf

FMT mengambil tindakan segera dengan memulakan siasatan dalam yang membawa kepada tindakan tatatertib terhadap wartawan yang mengajukan soalan berunsur perkauman itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Portal Berita Free Malaysia Today (FMT) tampil membuat permohonan maaf berhubung tindakan seorang wartawannya yang mengajukan soalan dikatakan mempunyai unsur perkauman dalam satu wacana terbuka pada Isnin lalu (12 Januari).

Wacana bertajuk ‘Gaza Expose the Complicity of International Actors’ itu turut menampilkan ahli politik United Kingdom (UK) yang terkenal dengan pendirian pro-Palestin, George Galloway.

FMT menerusi satu kenyataan menegaskan bahawa pihaknya tidak mengetahui niat soalan itu diajukan dan tidak bersetuju dengan komen-komen wartawan terbabit.

FMT lakukan siasatan dalaman, wartawan itu kena tindakan tatatertib

Pengerusi Eksekutif FMT, Nelson Fernandez dan Pengarah Urusan, Azeem Abu Bakar berkata, apabila perkara tersebut menjadi bahan perbincangan di media sosial, FMT mengambil tindakan segera dengan memulakan siasatan dalaman yang membawa kepada tindakan tatatertib terhadap wartawan itu.

“Proses tersebut sedang berjalan dan FMT tidak akan memberikan ulasan lanjut mengenai perkara ini buat masa sekarang.

“Ketika siasatan, FMT mendapati bahawa, berbeza dengan kenyataan yang dibuat oleh pelbagai pihak di media sosial, wartawan berkenaan tidak menggunakan perkataan ‘aparteid’ di forum tersebut,” kata kenyataan itu.

FMT akui sensitiviti terkadang dalam komen dan soalan wartawannya

FMT pada masa sama turut mengakui sensitiviti yang terkandung dalam komen dan soalan yang diajukan oleh wartawan berkenaan yang turut dikecam sewajarnya oleh Galloway.

“Sebagai organisasi berita yang bertanggungjawab, FMT ingin menyatakan bahawa kami sama sekali tidak melaporkan perkara-perkara sedemikian atau menyokong pertanyaan sedemikian oleh wartawan kami,” kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim membangkitkan isu berkenaan dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga bekas ahli UMNO dan DAP menzahirkan rasa terkejut dengan soalan yang dikemukakan wartawan tersebut namun berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Galloway.

Hantaran tersebut kemudiannya dimuat naik semula oleh pendakwah bebas Firdaus Wong sehingga mendat perhatian masyarakat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.