fbpx
Now Reading
Tak Sempat Hadiri Kursus Di KL, 3 Rakan Sekerja Maut Terbabit Kemalangan

Tak Sempat Hadiri Kursus Di KL, 3 Rakan Sekerja Maut Terbabit Kemalangan

Kemalangan berlaku sekitar jam 12.40 tengahari semalam (13 Januari) ketika dalam perjalanan dari Kelantan ke KL membabitkan kenderaan serba guna (MPV) jenis Nissan Serena dan van jenis Toyota Hiace.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Satu kemalangan maut menimpa tiga rakan sekerja ketika dipercayai dalam perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kursus.

Kemalangan berlaku sekitar jam 12.40 tengah hari semalam (13 Januari) di Kilometer 55 Kampung Paloh, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, membabitkan dua buah kenderaan.

Memetik Berita Harian, ketiga-tiga mangsa yang maut di lokasi kejadian adalah:

  • Mohamed Saiful Kamaruzaman, 33
  • Nik Azmi Nik Othman, 47
  • Nik Razizi Nik Rahim, 55

MPV Dinaiki Mangsa Terbabas Ke Laluan Bertentangan, Dilanggar Van

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, insiden berlaku apabila kenderaan serba guna (MPV) jenis Nissan Serena dinaiki ketiga-tiga mangsa bersama pemandu berusia 42 tahun dari arah Kota Bharu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum dilanggar oleh van jenis Toyota Hiace.

“Kenderaan itu kemudiannya bertembung dengan van dan disebabkan jarak yang terlalu dekat, pemandu van tidak sempat mengelak, menyebabkan MPV terbabit berpusing dan melanggar tembok batu penghadang jalan di sebelah kiri jalan,” katanya.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) PBK I Che Razak Harun, van tersebut dinaiki oleh seorang lelaki dan seorang wanita.

Tambahnya lagi, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.01 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi pada 1.43 tengah hari, pasukan mendapati enam mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut dengan tiga lelaki dalam kereta Nissan Serena meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta tersepit dan mengalami kecederaan parah,” katanya dipetik Bernama.

Mangsa Lain Cedera Parah, Dihantar Ke Hospital Untuk Rawatan

Mengulas mengenai mangsa lain, Sik berkata pemandu dan penumpang van serta pemandu MPV yang kesemuanya cedera parah telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Ketiga-tiga mangsa maut pula telah maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat.

Dalam pada itu, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

“Orang ramai yang melihat kejadian terbabit atau mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian boleh menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian 09-9121222 atau Pegawai Penyiasat Insp Aida, 019-9144855,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: PERKESO Cuma Lindung Anda Di Tempat Kerja? Ini 5 Perlindungan Yang Anda Wajib Tahu

Baca Artikel Berkaitan: “Sangat Cepat!” – Pernah Terbabit Kemalangan, Wanita Kongsi Pengalaman Buat Tuntutan PERKESO

Baca Artikel Berkaitan: Pekerja Boleh Terima Rawatan Percuma Di Klinik Panel PERKESO Mulai Tahun Ini

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.