Peluang Pelajar Maahad Tahfiz Masuk IPTA Terhad Kerana Tak Ambil SPM, Kata Pro-Canselor UPSI
Menurut Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, kebanyakan pelajar lepasan institusi agama seperti maahad tahfiz dan pondok berdepan risiko tercicir daripada arus pendidikan perdana kerana tidak mengambil SPM.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bagi kebanyakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sudah tentu mereka mempunyai cita-cita tersendiri. Ada yang terus mengejar impian mereka untuk bekerja, dan ada juga yang mahu melanjutkan pelajaran di pengajian tinggi ditawarkan di Malaysia ini.
Pun begitu, tidak semua individu mendapat peluang untuk menjejakkan kaki ke sana atas pelbagai faktor sebagai contoh kekangan kewangan, keputusan peperiksaan yang tidak memenuhi syarat kelayakan, gagal subjek teras, kurang pendedahan tentang pendidikan dan sebagainya.
Ramai Ibu Bapa Kini Pilih Untuk Hantar Anak Belajar Di Maahad Tahfiz & Tak Ambil SPM
Baru-baru ini, Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tan Sri Alimuddin Mohd Dom turut mendedahkan bahawa faktor aras pendidikan seseorang juga memainkan peranan penting untuk menentukan kelayakan mereka memasuki Universiti Awam (UA).
Menurut beliau, kebanyakan pelajar lepasan institusi agama swasta khususnya maahad tahfiz dan pondok berdepan risiko tercicir daripada arus pendidikan perdana kerana sebahagian besar daripada mereka tidak mengambil peperiksaan SPM.
Jelas Alimuddin, perkara itu sekaligus mengehadkan peluang untuk melanjutkan pengajian di mana-mana institusi UA.

Melihat kepada trend terkini yang mana ramai ibu bapa lebih cenderung memilih pengajian aliran agama swasta untuk anak-anak, Alimuddin menegaskan bahawa langkah proaktif perlu dilaksanakan agar mereka tidak tercicir dari pendidikan di universiti.
“Ketika ini, terdapat 1,540 institusi agama di seluruh negara dengan jumlah pelajar kira-kira 79,000 orang. Isunya sebahagian besar pelajar di sekolah agama swasta ini tidak ambil SPM, ada dua sebab pertama, visi dan misi utama maahad tahfiz adalah untuk lahirkan huffaz, kedua mereka kekurangan dana.”
Baca Artikel Berkaitan: Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al-Quran 18 Jam Tanpa Buat Kesalahan, Pelajar Tahfiz Ini Terima Syahadah Ula
Program Khas Bantu Buka Peluang Pelajar Maahad Tahfiz Masuk UA
Bagi menangani masalah ini, Alimuddin mencadangkan agar semua UA menyediakan program khas yang membolehkan pelajar lepasan maahad tahfiz dan pondok belajar beberapa subjek secara kendiri.
“Pelajar mungkin masih boleh menguasai subjek seperti Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Agama Islam secara kendiri, namun bagi subjek seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, bimbingan guru amat diperlukan.
“Justeru, adalah dicadangkan agar semua IPTA menyediakan program khas atau ‘foundation’ (asas) untuk pelajar lepasan maahad tahfiz dan pondok dengan pada akhir pengajian, mereka boleh dinilai dan jika keputusannya baik, mereka dapat diserap ke aliran arus perdana.”
UPSI, USAS, UniKL, & Politeknik Dah Laksanakan Program Khas Untuk Maahad Tahfiz
Tambah bekas Ketua Pengarah Pendidikan itu lagi, cadangan ini bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan memandangkan beberapa UA seluruh Malaysia telah pun mula menyediakan program khas bagi golongan lepasan maahad tahfiz.
Ini termasuk Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), UPSI, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) serta Politeknik Malaysia.
Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2024: Yuran Kemasukan Ke Universiti Awam Dihadkan Kepada RM1,500 Bermula 1 Januari
Baca Artikel Berkaitan: Kenyataan Anwar Tentang Isu Sistem Kuota Universiti Bersifat Sementara – Kumpulan Siswazah Bukan Bumiputera
Baca Artikel Berkaitan: KPT Mahu Universiti Awam Ada Kebebasan Bersuara, Minta Dikecuali Dari Akta 605
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹






