“Alhamdulillah” – 15 Tahun Menanti, Pasangan Jalani Rawatan IVF Tajaan TAFF Akhirnya Dapat Anak
Menurut Kesultanan Pahang, bayi tersebut yang diberi nama Mikhael merupakan bayi ke-150 yang dilahirkan sejak Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) ditubuhkan pada tahun 2004.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Rata-rata pasangan yang berkahwin pasti mahukan cahaya mata mereka sendiri demi membesarkan keluarga kecil mereka. Ada yang bertuah, selepas kahwin sahaja terus isteri disahkan hamil!
Pun begitu, jalan hidup setiap individu berbeza dan sesetengah pasangan perlu menunggu bertahun lamanya untuk mendapatkan bayi sulung.
Dengan usaha dan ikhtiar, termasuklah menerusi rawatan kesuburan, ramai yang akhirnya berjaya menyambut kelahiran cahaya mata ke dunia.
Baca Artikel Berkaitan: Penantian Berakhir! Suami Isteri Dikurniakan Cahaya Mata Selepas 19 Tahun Menanti
Baca Artikel Berkaitan: “Penantian 20 Tahun Berakhir Jua”- Pasangan Syukur Dikurniakan Anak Selepas Lama Menanti
Baca Artikel Berkaitan: Permaisuri Agong Penguat Semangat Siti Nurhaliza Semasa Jalani Rawatan IVF
Pasangan Dikurniakan Cahaya Mata Selepas 15 Tahun Hasil IVF
Buat sepasang suami isteri, penantian mereka selama 15 tahun akhirnya berakhir apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada Jumaat (9 Januari) lalu.
Menurut Kesultanan Pahang dalam satu hantaran Facebook, bayi sulung mereka itu merupakan hasil rawatan persenyawaan in vitro (IVF) yang ditaja oleh Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).
Bayi kepada pasangan Abdul Aziz Abd Halim dan isterinya Noor Hamira Mohd Sani, diberi nama Mikhael dan dilahirkan dalam keadaan sihat dengan berat 2.97 kilogram.
Tengku Ampuan Pahang Mencemar Duli Melawat Ibu & Bayi Di Hospital
Dalam pada itu, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah, turut berkongsi kegembiraan serta telah berkenan mencemar duli berangkat melawat ibu dan bayi di Hospital Selayang, semalam (12 Januari).
“Paduka Baginda kelihatan begitu ceria meluangkan masa bertemu Mikhael yang merupakan bayi ke-150 yang dilahirkan sejak Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) ditubuhkan pada tahun 2004,” menurut hantaran itu.
Pasangan Warga Malaysia Boleh Mohon Bantuan TAFF
Kesultanan Pahang memaklumkan, bahawa TAFF telah ditubuhkan atas inisiatif Tengku Ampuan Pahang pada 21 tahun lalu dengan tujuan untuk membantu pasangan yang berdepan cabaran kesuburan.
Setakat ini, seramai 553 pasangan suami isteri seluruh negara yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata telah menerima tajaan dari tabung itu.
Setiap pasangan rakyat Malaysia boleh memohon bagi mendapatkan bantuan daripada TAFF tertakluk kepada kriteria di bawah:
- Berdaftar sebagai pasangan berkahwin.
- Kedua-dua suami isteri ialah warga Malaysia.
- Usia isteri tidak melebihi 43 tahun.
- Bukan penderma sperma/ovum.
- Pendapatan bulanan bersama maksimum tidak melebihi RM5,000.
- Tempoh perkahwinan yang sudah mencecah lima tahun.
Pasangan itu juga perlulah melalui ujian atau rawatan kesuburan terlebih dahulu dengan pakar sakit puan yang bertauliah.
Jika terpilih, rawatan IVF akan dijalankan di salah satu Pusat Fertiliti di Malaysia yang mengambil bahagian.
Wanita Usia 62 Tahun Di China Hamil Hasil IVF
Boleh dikatakan kaedah IVF seolah-olah memberi peluang buat pasangan yang berharap untuk menyambut kelahiran cahaya mata mereka sendiri.
Sekitar minggu lalu, media melaporkan kisah seorang wanita warga emas di China yang disahkan hamil enam bulan menerusi rawatan IVF.
Wanita berusia 62 tahun itu dikatakan membuat IVF selepas beberapa bulan kehilangan anak tunggal lelakinya.
Pun begitu, memandangkan usianya yang sudah agak tua, seorang pakar pakar obstetrik dan ginekologi (O&G) menyuarakan kebimbangan kerana kehamilan itu mempunyai risiko yang sangat tinggi.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Berusia 62 Tahun Di China Disahkan Hamil Melalui Rawatan IVF
Baca Artikel Berkaitan: “Itu Adalah Usaha” – Achey Bidas Dakwaan Kaedah IVF Membazir [Video]


