fbpx
Now Reading
Cadangan Kembalikan UPSR & PT3: Fadhlina Mohon Masa Untuk KPM Jalankan Kajian

Cadangan Kembalikan UPSR & PT3: Fadhlina Mohon Masa Untuk KPM Jalankan Kajian

Menurut Menteri Pendidikan itu, kajian menyeluruh tentang pelaksanaan semula UPSR dan PT3 perlulah dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum ia diteruskan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial apabila ramai pihak terutamanya golongan ibu bapa yang mendesak agar peperiksaan besar melibatkan pelajar tahun 6 dan juga tingkatan 3 iaitu UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) dan PT3 (Pentaksiran Tingkatan Tiga) dikembalikan semula.

Untuk info, kedua-dua peperiksaan ini sudah dimansuhkan masing-masing pada 2021 dan 2022 lalu. Ujian yang dibatalkan oleh Menteri Kanan Pendidikan pada ketika itu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin kemudiannya telah digantikan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Baca Artikel Berkaitan: Ambil Kira Kekangan Masa Murid, PT3 2021 Dibatalkan & UPSR Dimansuhkan

Jelas segelintir penjaga, setiap tahap pelajaran memerlukan penilaian bukan di peringkat Sijil Pelajaran (SPM) sahaja. Antara individu lain yang bersetuju dengan cadangan terbabit ialah, pelakon tempatan Nad Zainal.

“UPSR mungkin dikembalikan semula, bagus! Tolong kembalikan,” ujar aktres tersebut.

Sumber: Threads

KPM Mohon Masa Selidik Cadangan Kembalikan UPSR & PT3

Hari ini (12 Januari), Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memohon orang ramai untuk memberi masa kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjalankan kajian menyeluruh berhubung cadangan mengembalikan semula peperiksaan UPSR dan PT3 bagi pelajar sekolah serta menengah.

Menurut Fadhlina, laporan awal mengenai perkara itu sedang dikumpulkan sebelum dibawa ke peringkat seterusnya untuk pertimbangan para Jemaah Menteri.

Sumber: Malay Mail

“Beri kami sedikit masa kerana seperti yang saya katakan, kita sedang mengkaji dan mandat itu telah pun saya serahkan kepada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK).

“Di peringkat KPM, kita sudah mempunyai pandangan-pandangan awal dan kita akan membuat kajian menyeluruh sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan selanjutnya. Jadi, beri kami masa,” ulas beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas tinjauan hari pertama pembukaan sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Regent, Elmina, Shah Alam.

Baca Artikel Berkaitan: “Anak Kita Bukan Tikus Makmal” – KPM Kekal Mansuhkan UPSR & PT3, Kata Fadhlina Sidek

Pengembalian UPSR & PT3 Sentiasa Jadi Permintaan Rakyat

Pada Jumaat lalu (9 Januari), Fadhlina berkata beliau mengambil maklum tentang keluhan para ibu bapa yang berasa bimbang dengan tahap pendidikan dan penilaian sekolah anak-anak mereka.

“Kita akan mengkaji semula peperiksaan berkenaan kerana ia masih menjadi permintaan ibu bapa.

“Apa saja peperiksaan yang disebut atau yang berada dalam polemik masyarakat itu, saya minta Dr Mohd Azam Ahmad (Ketua Pengarah Pendidikan) memberikan pandangan dan ahli-ahli MPPK akan membincangkannya nanti,” kata Fadhlina.

Tambah beliau sejak dahulu lagi, isu kembalikan semula dua peperiksaan ini sentiasa menjadi perdebatan, bualan dan permintaan ramai.

Sekadar info, antara individu yang pernah menggesa agar PT3 dan UPSR dikembalikan ialah Mantan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Anuar Ahmad dan ramai lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Bekas Menteri Pendidikan, Mahdzir Khalid Sokong UPSR & PT3 Dikembalikan Semula

Baca Artikel Berkaitan: Pengerusi MARA Cadang Kembalikan Semula UPSR, Boleh Nilai Potensi Sebenar Pelajar Sebelum ke MRSM

Baca Artikel Berkaitan: Dakwaan UPSR Bebanan Pelajar Adalah ‘Fitnah Besar’, Pakar Akademik Harap Ujian Ini Dikembalikan Semula

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.