Kes Budaya YEYE: TDM Pandang Serius, Tidak Akan Kompromi Dengan Anggota & Pegawai Buat Salah Laku
Tentera Darat Malaysia tidak akan berkompromi dengan salah laku warganya sama ada pegawai atau anggota yang didapati terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan budaya YEYE sekiranya didapati bersalah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kepimpinan baharu Tentera Darat Malaysia (TDM) memandang serius dakwaan budaya YEYE membabitkan warga pasukan keselamatan negara itu.
Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia menerusi satu kenyataan bertarikh 9 Januari berkata, TDM tidak akan berkompromi dengan salah laku warganya sama ada pegawai atau anggota yang didapati terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan budaya yang telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif masyarakat itu.
Sehubungan itu, TDM akan menjalankan siasatan dalaman terhadap aduan yang diterima dan tindakan tegas terhadap pelaku akan diambil mengikut peraturan perkhidmatan dan undang-undang sedia ada jika terbukti bersalah.
“Memandang kehadapan, TDM akan mengadakan penguatkuasaan berterusan melalui Pemerintah di semua pasukan, formasi dan pusat latihan agar memberi peringatan dari semasa ke semasa serta melaksanakan pemantauan berterusan bagi membendung sebarang isu integriti dan aktiviti tidak bermoral di kalangan warganya.”
Sebagai langkah preventif, TDM juga akan melaksanakan beberapa perkara antaranya:
- Pemerkasaan pendidikan moral
- Kesedaran integriti dan etika di semua peringkat formasi
- Mempergiatkan aktiviti keagamaan dan kerohanian bagi memupuk nilai profesional serta jati diri warga yang berdisiplin dan berintegriti
Kepimpinan TDM kekal komited untuk memastikan institusi ini terus diyakini, dihormati dan disokong oleh rakyat melalui amalan integriti, profesionalisme yang tinggi demi keselamatan dan kedaulatan negara.
Terdahulu Panglima Tentera Darat (PTD) ke-31 Jeneral Datuk Azhan Md Othman yang baru dilantik meminta semua warga TDM untuk bertenang dan beliau percaya ini boleh dikawal.
“Kepada semua anggota-anggota Tentera Darat, saya mohon semua bertenang. Saya percaya keadaan ini boleh dikawal.
“Apa yang berlaku mungkin melibatkan perkara-perkara terpencil, namun kita perlu kekal bersatu dan memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin,” katanya dipetik Awani.
Azhan turut menegaskan kepentingan anggota tentera agar terus bersatu teguh bagi menjamin keselamatan tanah air.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Dakwaan ‘Budaya Yeye’ Di Kem Tentera, MINDEF Arah ATM Jalankan Siasatan Dalaman
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan ‘Budaya Yeye’: Aktiviti Tak Bermoral Dalam Kem Boleh Gugat Keselamatan – Dr Mohd Izhar Ariff
BACA ARTIKEL BERKAITAN: