fbpx
Now Reading
Lori Disita Selepas Tular Video Tak Turunkan ‘Bucket’ & Langgar Kabel Lampu Isyarat

Lori Disita Selepas Tular Video Tak Turunkan ‘Bucket’ & Langgar Kabel Lampu Isyarat

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Supt Hadzrat Hussien Mion Hussain pemandu lori pasir itu mendakwa tidak menyedari bucket terangakat dan tanpa sedar telah melanggar kabel elektrik lampu isyarat berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular satu video di medi sosial memaparkan sebuah lori yang dilihat melanggar kabel lampu isyarat di Pekan Nanas, Pontian, Johor sehingga menyebabkan ia rosak disebabkan tidak menutup bahagian belakangnya (bucket).

Menerusi video tular itu, awalnya kedengaran perakam yang berada di arah bertentangan telah membunyikan hon beberapa kali sebelum menjerit kepada pemandu lori memaklumkan bucketnya itu tidak ditutup.

Namun malangnya sewaktu dia melalui di kawasan lampu isyarat bucket itu telah melanggar kabel lambu isyarat dan secara tidak langsung menyebabkan ia rosak.

Selepas menyedari telah melanggar kabel itu, lori tersebut lalu berhenti dan menurunkan bucket terbabit.

Polis sita lori langgar kabel lampu isyarat

Susulan itu, pihak polis telah bertindak menyita lori pasir terbabit pada 5 Januari.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussein Mion Hussain menerusi siasatan awal dilakukan mendapati insiden itu berlaku pada 2.50 petang melibatkan lori pasir yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 53 tahun dari arah Pontian ke Pekan Nanas.

Kenderaan disita untuk tujuan siasatan

Jelas beliau, pemandu yang juga warga tempatan itu mendakwa dia tidak menyedari bucket terangkat serta tanpa sedar telah melanggar kabel elektrik lampu isyarat.

“Pemandu tidak mengalami kecederaan, gambar rajah kasar di lokasi serta rakaman majikan dan pemandu diambil.

“Saringan air kencing terhadap pemandu didapati keputusan negatif, kenderaan terlibat disita untuk tujuan siasatan,” ujarnya, lapor Harian Metro.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.