Tular Dakwaan ‘Budaya Yeye’ Di Kem Tentera, MINDEF Arah ATM Jalankan Siasatan Dalaman
Terdahulu, tular di media sosial dakwaan budaya Yeye yang diadakan di dalam sesetengah kem tentera melibatkan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial dakwaan berlakunya ‘budaya Yeye’ atau dalam bahasa mudahnya aktiviti pelacuran yang diamalkan dalam kalangan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di dalam kem tentera (mess).
Isu ini mula panas selepas seorang pengguna TikTok membangkitkannya sehingga ia tular di media sosial dan turut mendapat perhatian rapper dan aktivis Caprice.
Terbaharu, Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) telah mengeluarkan satu kenyataan dan menegaskan bahawa pihaknya memandang serius dakwaan ini.
Antara dakwaan terbabit adalah kemasukan individu yang tidak berkaitan ke dalam kem tentera dan kelakuan aktiviti tidak bermoral.
Kementerian Pertahanan Arah ATM Jalankan Siasatan Dalaman
Sehubungan itu, arahan telah dikeluarkan terhadap pihak ATM agar menjalankan siasatan dalaman segera bagi menetukan kesahihan dakwaan tersebut secara menyeluruh.
“Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa dakwaan tersebut tidak mencerminkan budaya, nilai dan amalan sebenar ATM yang berteraskan disiplin, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan,” kata kenyataan itu.
Jika Benar Berlaku, Tindakan Tegas Tanpa Kompromi Akan Diambil
Tambahnya lagi, jika dakwaan itu didapati benar, mana-mana pihak terlibat akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi selaras dengan peraturan, tatacara serta undang-undang semasa.
Dalam pada itu, orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan awal yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan reputasi Kementerian Pertahanan dan ATM.
“Kementerian Pertahanan dan ATM sentiasa komited dalam memastikan disiplin, integriti dan profesionalisme warga pertahanan berada pada tahap tertinggi serta tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti institusi pertahanan negara,” katanya.
Isu Budaya Yeye Tular Di Media Sosial, Dapat Perhatian Caprice
Terdahulu, tular di media sosial dakwaan budaya Malam Yeye yang diadakan di dalam sesetengah kem tentera.
Difahamkan ‘Yeye’ merupakan gelaran yang diberi kepada wanita yang dibawa masuk ke kem tentera bagi tujuan tidak bermoral. Timbul juga dakwaan arak yang dihidangkan sewaktu Malam Yeye tersebut.
Lebih malang lagi apabila didakwa bahawa tiada sebarang tindakan yang dikenakan ke atas aduan yang dibuat.
“Awek Yeye dibawa masuk kem, pegawai muda ditekan ikut arahan tak bermoral. Rumah tangga hancur, maruah dipijak. Aduan dibuat, tapi tiada tindakan? Kuasa atasan lindungi siapa sebenarnya?” tertulis dalam satu hantaran di TikTok.
Malah tular juga tangkap layar WhatsApp yang menunjukkan persediaan bagi ‘Malam YY’ termasuk senarai jemputan yang kesemuanya merupakan wanita berdasarkan kepada nama gelaran mereka.
View on Threads
Caprice yang turut mengulas dakwaan itu telah menyebut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan meminta kedua-duanya memberikan respon.





