fbpx
Now Reading
“Tiada Gap Tak Semestinya Gigi Berlapis” – Dentist Ulas Isu Gigi Susu Anak Tumbuh Rapat

“Tiada Gap Tak Semestinya Gigi Berlapis” – Dentist Ulas Isu Gigi Susu Anak Tumbuh Rapat

Seorang doktor gigi di institusi kesihatan awam, Hamidie Sa’ari, menjelaskan bahawa gigi susu yang tumbuh jarang hanyalah faktor yang membantu pertumbuhan gigi kekal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak kebelakangan ini, media sosial hangat dengan isu gigi susu anak-anak yang tumbuh rapat antara satu sama lain dan nampak tersusun rapi, tanpa sebarang jarak antara satu sama lain.

Difahamkan gigi anak kecil yang tumbuh dalam keadaan sedemikian boleh menyebabkan masalah apabila gigi kekal hendak keluar kelak.

Sebaliknya, gigi susu yang jarang antara satu sama lain adalah lebih bagus bagi pertumbuhan gigi kekal kemudian.

Perkara ini menyebabkan ramai ibu ayah mula berasa risau apabila melihat gigi anak mereka yang tumbuh secara rapat-rapat.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Minum Susu Boleh Rosakkan Gigi Budak?

Baca Artikel Berkaitan: Ini Fakta Tentang Berus Gigi & Cara Bersihkannya Yang Patut Korang Tahu

Doktor Gigi Jelaskan Gigi Susu Jarang Ketika Anak Kecil Tak Bermakna Gigi Kekal Akan Cantik

Pun begitu, seorang pegawai pergigian di institusi kerajaan, Dr Hamidie Sa’ari, menerusi hantaran di Threads (@midie.saari) menegaskan bahawa gigi susu yang tumbuh rapat tidak semestinya merupakan satu bentuk ‘red flag’.

“Ramai ibu bapa risau bila nampak gigi susu anak jarang-jarang. Dan ada juga yang risau bila tak ada gap langsung. Yang mana sebenarnya normal?” katanya.

Dalam menerangkan isu ini, dia berkata jarak antara gigi susu adalah perkara yang normal, namun anak-anak bukanlah wajib mempunyai gigi susu yang jarang agar gigi kekal tumbuh dengan tersusun.

Katanya, gigi susu yang jarang merupakan faktor yang membantu pertumbuhan gigi kekal menerusi ruang-ruang tersebut.

Namun ini tidak bermakna gigi kekal akan tumbuh cantik jika gigi susu jarang atau sebaliknya.

Mekanisme Semula Jadi Bantu Gigi Kekal Anak Tumbuh Elok

Beliau yang berkhidmat di sebuah klinik pergigian kerajaan di Sabah berkata, gigi susu yang tumbuh rapat tanpa sebarang jarak antara satu sama lain tidak semestinya menyebabkan masalah yang mengganggu pertumbuhan gigi kekal.

Ini kerana tubuh badan kanak-kanak mempunyai mekanisme semula jadi yang dapat membantu pertumbuhan gigi kekal, iaitu:

  • Rahang masih membesar.
  • Gigi Molar susu lebih besar daripada premolar (gigi pengganti untuk molar susu).
  • Gigi Molar susu yang gugur akan memberi ruang tambahan (leeway space) bagi gigi kekal untuk tumbuh.

Gigi Kekal Berlapis Disebabkan Beberapa Faktor

Mengulas tentang masalah gigi berlapis pada gigi kekal kanak-kanak, Hamidie berkata keadaan ini biasanya terjadi disebabkan oleh gabungan beberapa faktor, antaranya:

  • Rahang kecil berbanding saiz gigi.
  • Kehilangan gigi susu awal akibat karies.
  • Tabiat oral berpanjangan seperti menghisap jari atau puting dengan lama.
  • Faktor genetik.

Dia turut mengingatkan ibu ayah sekali lagi bahawa gigi susu yang jarang hanya sekadar membantu pertumbuhan gigi kenal, dan bukanlah jaminan bahawa gigi kekal akan tumbuh cantik.

Berbanding memikirkan masalah jarak pada gigi anak, Hamidie berkata lebih penting untuk memberi fokus terhadap kesihatan gigi mereka secara keseluruhan, termasuk:

  • Menjaga gigi susu anak dari karies atau berlubang.
  • Mengelakkan kehilangan gigi susu yang awal.
  • Lakukan pemeriksaan gigi berkala.
View on Threads

Ibu Ayah Tak Boleh Kawal Gigi Susu Anak Tumbuh Rapat

Dalam pada itu, seorang doktor gigi dari Klinik Gigi Dentime turut mengulas mengenai isu ini. Katanya, gigi susu anak yang tumbuh secara rapat-rapat merupakan satu faktor yang tidak dapat dikawal oleh ibu ayah.

Sebaliknya, ibu ayah perlu memberi lebih perhatian terhadap perkara yang boleh dikawal seperti mengelakkan masalah gigi susu rosak.

Dia juga mengingatkan ibu ayah agar membawa anak-anak untuk melakukan pemeriksaan gigi berkala iaitu setiap enam bulan bagi mengenal pasti sebarang masalah oral.

Gigi Susu Saling Bertindih Boleh Jadi Masalah ‘Overcrowding’

Berdasarkan Somerville Orthodontics, gigi susu yang tumbuh terlampau rapat sehingga bertindih antara satu sama lain mungkin menunjukkan masalah yang lebih serius, iaitu overcrowding.

Keadaan ini terjadi apabila tidak terdapat ruang yang cukup pada rahang untuk gigi tumbuh dengan elok. Ibu ayah perlu memerhatikan perkara berikut pada anak:

  • Gigi yang bertindih atau kelihatan seperti berpusing.
  • Gigi susu tidak gugur pada waktunya, iaitu bermula antara 6-8 tahun.
  • Rahang yang kelihatan kecil berbanding saiz gigi.

Jika anda mengenal pasti mana-mana masalah ini pada gigi anak, segera bawa mereka bagi mendapatkan rawatan di klinik gigi bagi mengelak masalah pada masa akan datang.

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Dedah Risiko Jika Tak Cabut Gigi Bongsu [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.