“Calon Pengerusi PN Akan Dibincangkan, Yang Pasti Daripada PAS – Abdul Hadi
Menurut Abdul Hadi, hubungan PAS dan BERSATU masih baik walaupun Muhyiddin serta beberapa pengerusi PN di beberapa negeri telah mengumumkan peletakan jawatan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
PAS bersedia menerajui pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan sebagai pengerusi gabungan itu yang berkuat kuasa Khamis (1 Januari).
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, mesyuarat bagi memilih pengerusi PN akan diadakan secepat mungkin, namun jawatan itu tidak akan diisi dalam kalangan pemimpin BERSATU.
Pengerusi PN akan dipilih daripada kalangan pimpinan tertinggi PAS – Abdul Hadi
Menurutnya, pengerusi PN akan dipilih daripada kalangan pimpinan tertinggi PAS dan calon berkenaan akan dibincangkan dalam mesyuarat selewat-lewatnya minggu depan.
“PAS mempunyai ramai calon yang berkaliber termasuk ahli politik dan kalangan teknokrat,” katanya dipetik Harian Metro.
Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian ketika mengulas mengenai pengganti pengerusi PN selepas Muhyiddin mengumumkan peletakan pada baru-baru ini.
Abdul Hadi akui dirinya uzur untuk menerajui pimpinan tertinggi PN
Dalam pada itu, Abdul Hadi juga mengakui dirinya berada dalam keadaan uzur untuk menerajui pimpinan tertinggi PN.
“Kita dalam keadaan uzur, tetapi calon yang akan dipilih untuk memimpin PN akan dibincangkan pada mesyuarat minggu depan. Yang pasti, pengerusi gabungan itu daripada kalangan pemimpin PAS,” katanya.
Mengulas kemungkinan mesyuarat bersama pimpinan BERSATU, beliau menegaskan ia terpulang kepada pemimpin parti itu untuk hadir atau sebaliknya termasuk mereka yang sudah melepaskan jawatan.
Hubungan PAS dan BERSATU masih baik
Menurutnya lagi, hubungan PAS dan BERSATU masih baik walaupun Muhyiddin serta beberapa pengerusi PN di beberapa negeri telah mengumumkan peletakan jawatan.
Beliau pada masa sama turut mengulas mengenai tindakan terhadap tiga wakil rakyat PAS yang digugurkan keahlian selepas didakwa menandatangani aku janji berkanun (SD) tidak menyokong kepimpinan bekas Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.
Ujar Abdul Hadi, tindakan pengguguran keahlian sudah dilaksanakan.
Jelasnya, berdasarkan perlembagaan negeri, tiga wakil rakyat yang dipecat keahlian parti perlu digugurkan daripada jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) kini bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal pula mengumumkan pengunduran beliau sebagai Pengerusi PN negeri.
— BuzzKini (@BuzzKini) December 30, 2025
Perkara itu dimaklumkan pleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)… pic.twitter.com/zy7BbZEq22
Muhyiddin umum letak jawatan sebelum diikuti Pengerusi PN Perak & Negeri Sembilan
30 Disember lalu, Muhyiddin Yassin mengumumkan telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN.
Selepas bekas Perdana Menteri itu membuat pengumuman terbabit, Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pengerusi PN Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Bakar turut mengumumkan peletakan jawatan yang berkuat kuasa pada 1 Januari.
Selain kedua mereka, Datuk Seri Azmin Ali turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN dan Datuk Dr Sahruddin Jamal, Pengerusi PN Johor.
Sebagai info, semalam, Pemuda PAS Selangor dan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ahmad Yahaya mencadangkan serta menyokong Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilantik menjadi Pengerusi PN.
Namun, Sanusi sebentar tadi (2 Januari) berpendapat Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar lebih layak memegang jawatan berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: Muhyiddin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional Berkuat Kuasa 1 Januari 2026



