fbpx
Now Reading
Pemandu X50 Rempuh Lelaki Selepas Diminta Undur Di Plaza Tol Direman 5 Hari [Video]

Pemandu X50 Rempuh Lelaki Selepas Diminta Undur Di Plaza Tol Direman 5 Hari [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Helmi Aris, suspek lelaki berusia 31 tahun dan isterinya, 23, ditahan pada 29 Disember lalu selepas laporan polis dibuat oleh mangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pembayaran di plaza tol kini lebih mudah dengan kewujudan laluan RFID yang membolehkan pemandu dengan tag tersebut melepasinya tanpa menghentikan kenderaan.

Malangnya, sesetengah tag mungkin tidak dapat dibaca ketika di laluan RFID sehingga menyebabkan pemandu terpaksa mengundurkan semula kenderaannya.

Baru-baru ini, tular satu video yang menyaksikan perbalahan antara dua orang lelaki di lorong RFID Plaza Tol Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Perai, Pulau Pinang.

Difahamkan pemandu kereta hadapan perlu mengundurkan kenderaannya akibat palang tol laluan RFID itu tidak terbuka, dan telah meminta pemandu di belakang yang membawa kereta SUV Proton X50 untuk melakukan perkara sama.

Pemandu X50 Rempuh Lelaki & Kereta Di Plaza Tol

Pemandu X50 itu bagaimanapun dilihat enggan mengundurkan keretanya dan bertengkar dengan seorang penumpang kereta hadapan (pemilik dashcam). Dia kemudiannya memasuki kenderaannya dan tidak lama selepas itu mula mengundur ke belakang, sebelum diikuti kereta hadapan.

Namun ketika penumpang itu bergerak ke arahnya, tidak semena-mena pemandu X50 itu terus menekan minyak dengan kuat sehingga kenderaannya meluru dan merempuh lelaki itu serta kenderaan pemilik dashcam.

Dia setelah itu mengundur ke belakang semula dan memecut melalui laluan lain, dipercayai dengan tujuan untuk melarikan diri. Manakala mangsa yang terjatuh kemudiannya bangun dan terus menelefon pihak polis bagi melaporkan insiden berkenaan.

Melihat tarikh pada rakaman tersebut, insiden itu berlaku sekitar jam 11.28 malam pada 28 Disember lalu.

Suspek Ditahan Reman Atas Dakwaan Cubaan Membunuh

Memetik laporan Berita Harian, pemandu berkenaan yang merupakan seorang peniaga telah pun direman selama lima hari, bermula semalam (30 Disember) sehingga 3 Januari, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan cubaan membunuh.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Helmi Aris, suspek lelaki berusia 31 tahun dan isterinya, 23, ditahan pada 29 Disember lalu selepas laporan polis dibuat oleh mangsa yang merupakan seorang doktor.

Katanya, siasatan mendapati mangsa bersama isteri sedang dalam perjalanan ke arah Penang Sentral apabila kejadian tersebut berlaku pada Ahad (28 Disember).

“Setiba di plaza tol berkenaan, kenderaan mangsa yang dipandu oleh isterinya mengalami masalah di lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) menyebabkan palang tol tidak terbuka.

“Mangsa kemudian turun untuk meminta pemandu Proton X50 di belakangnya mengundurkan kenderaan supaya memberi ruang bagi kenderaan mereka mengundur,” katanya dipetik Berita Harian.

Suspek Miliki Rekod Jenayah, Positif Ganja

Mangsa yang mengalami kecederaan pada ibu jari kaki kanan serta sakit di beberapa bahagian badan dilaporkan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Bukit Mertajam.

Tambah Helmi, pasangan suami isteri itu didapati positif ganja menerusi ujian air kencing yang dijalankan. Suspek lelaki juga memiliki satu rekod lampau berkaitan kes jenayah.

Polis turut merampas kenderaan SUV Proton X50 yang dipercayai dipandu oleh suspek ketika kejadian tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.