fbpx
Now Reading
Mahu Elak Kesesakan, Pemeriksaan Kastam Bakal Disatukan Di Pintu Pelepasan KLIA 1 Bermula 1 Januari

Mahu Elak Kesesakan, Pemeriksaan Kastam Bakal Disatukan Di Pintu Pelepasan KLIA 1 Bermula 1 Januari

Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia, prosedur pemeriksaan sedia ada yang menggunakan mesin pengimbas ‘Departure Screening’ di zon berlepas setelah pemeriksaan imigresen mampu menyebabkan kesesakan di KLIA 1.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kali berkunjung ke Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pasti anda akan nampak ramai penumpang terutama sekali pada waktu puncak iaitu hujung tahun.

Dalam situasi tertentu, kesesakan penumpang boleh menyebabkan proses menaiki pesawat mengambil masa lebih lama apabila mereka terpaksa beratur panjang dari satu zon ke zon yang lain.

Pemeriksaan Kastam Akan Disatukan Di Pintu Pelepasan Mulai Tahun Depan

Semalam (30 Disember), Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan bahawa pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap pengembara yang keluar dari Malaysia akan disatukan sekali di pintu-pintu pelepasan KLIA Terminal 1 mulai esok, 1 Januari 2026.

Pada ketika ini, JKDM menjalankan pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas ‘Departure Screening’ di zon berlepas setelah selesai pemeriksaan imigresen. Susun atur itu bagaimanapun mampu menyebabkan kesesakan di KLIA 1 pada waktu puncak perjalanan.

MOT dalam masa sama memaklumkan bahawa inisiatif berkenaan mampu melancarkan aliran pergerakan penumpang sebelum mereka menaiki pesawat.

Ia sekaligus membantu mengurangkan kesesakan serta memendekkan masa menunggu di zon berlepas.

“Penambahbaikan ini dilaksanakan melalui kerjasama rapat antara MOT, JKDM, Malaysia Airports Holdings Bhd serta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).”

Sumber: Husniey Husain

Proses Naik Ke Pesawat Lebih Laju & Lancar

Penambahbaikan terhadap prosedur tersebut dijangka meningkatkan pengalaman penumpang, mempercepatkan proses menaiki kapal terbang dan memastikan operasi KLIA T1 berjalan dengan lebih cekap, selamat serta tersusun.

MOT turut menegaskan bahawa langkah itu tidak akan menjejaskan tahap keselamatan atau penguatkuasaan kastam malah pemeriksaan akan terus diperkukuh melalui penyelarasan operasi dan pematuhan prosedur yang dipersetujui.

“Bagaimanapun, sebarang cubaan membawa keluar barangan yang melanggar undang-undang, akan tetap dikenakan tindakan tegas.”

Sumber: IG Malaysia Airports

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Raih Tempat Ke-3 Destinasi Paling Popular Untuk Tahun Baru Cina

Baca Artikel Berkaitan: KLIA & LGK Dipilih Sebagai Antara Lapangan Terbang Terbaik Dunia

Baca Artikel Berkaitan: Kualiti Perkhidmatan KLIA Diiktiraf Sebagai Yang Terbaik Di Dunia

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.