Tular Treler Gesel Kenderaan Di R&R Ayer Keroh, Polis Sahkan 4 Kereta Alami Kerosakan
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datu Seri Mohd Yusri Hassan Basri kenderaan yang parkir di bahu jalan telah menghalang pergerakan lori treler.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini tular satu video memaparkan sebuah lori treler tergesel beberapa kenderaan yang diparkir di kawasan selekoh di R&R Jejantas Ayer Keroh.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan orang ramai berasa berang dengan tindakan segelintir pemandu yang selamba meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan yang mempunyai garisan kuning.
Bahkan sikap itu turut akan menyusahkan pengguna jalan raya lain khususnya yang membawa kenderaan berat seperti lori dan bas serta pengunjung yang tersangkut dan tidak dapat memasuki lorong ke R&R terbabit.
Berikutan itu, polis telah menjalankan siasatan berhubung insiden lori treler yang dipercayai melanggar tiga buah kenderaan di kawasan rehat dan rawat itu.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Treler Sagat 3 Kereta Di R&R Ayer Keroh, Ramai Bengang Pemandu Parkir Di Kawasan Selekoh [Video]
4 buah kenderaan alami kerosakan kerena digesel treler di R&R Ayer Keroh
Terbaharu, polis telah mengesahkan sebanyak empat kenderaan mengalami kerosakan disebabkan kemalangan itu.
Jelas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri insiden terbabit berlaku berpunca dari kenderaan yang parkir di bahu jalan tersebut telah menghalang pergerakan treler.
“Treler berkenaan tidak membawa muatan, memasuki laluan kenderaan berat dan mendapati terdapat beberapa kenderaan berhenti (diletakkan) di bahu kiri dan kanan jalan, selain laluan turut terhalang oleh kenderaan lain.
“Akibat keadaan itu, treler berkenaan bergesel dengan empat kenderaan diletakkan di kiri dan kanan jalan dan menyebabkan kerosakan pada kenderaan-kenderaan terbabit,” ujarnya, lapor Harian Metro.
Satu kertas siasatan telah dibuka
Kata beliau lagi, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun jika sabit kesalahan.
Oleh itu, pengguna jalan raya turut dinasihatkan agar sentiasa berhemah sewaktu memandu serta diingatkan untuk mematuhi peraturan trafik terutama di tempat sesak seperti laluan susur masuk dan sebagainya.



