fbpx
Now Reading
Muhyiddin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional Berkuat Kuasa 1 Januari 2026

Muhyiddin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional Berkuat Kuasa 1 Januari 2026

Perkara sama turut dikongsikan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadli Shaari yang menyifatkan tindakan beliau sebagai bijak dan tepat dalam situasi PN memerlukan momentum baru menjelang PRU16.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Bekas Perdana Menteri itu menerusi satu kenyataan berkata, peletakan jawatannya itu akan berkuat kuasa 1 Januari 2026.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua kepimpinan PN yang telah memberikan sepenuh sokongan kepada saya selama saya memimpin PN sejak penubuhannya lima tahun lalu.”

Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua barisan kepimpinan PN dan parti-parti anggotanya,” kata Muhyiddin.

View on Threads

Terdahulu Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Penerangan Datuk Tun Faisal Ismail Aziz turut mengesahkan peletakan jawatan Muhyiddin.

Menurut Tun Faisal, bekas Perdana Menteri itu memaklumkan peletakan jawatannya melalui kumpulan WhatsApp Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti, malam tadi.

“Tan Sri memaklumkan mengenai perkara itu malam tadi,” kata Tun Faisal, dipetik Berita Harian.

Perkara sama turut dikongsikan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadli Shaari.

“Tan Sri Muhyiddin Yasin telah menyatakan hasrat beliau untuk meletakkan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional berkuatkuasa 1 Januari 2026. Satu tindakan yang bijak dan tepat oleh Tan Sri dalam situasi PN memerlukan momentum baru menjelang PRU16.

“Saya yakin PAS akan menampilkan calon dari parti ini untuk menerajui Perikatan Nasional sebagai Pengerusi yang baru.

“Tidak semestinya Presiden Parti tetapi seorang individu yang diyakini boleh mengembeling kekuatan parti-parti yang ada di bawah Perikatan Nasional. Pastinya rombakan akan dilakukan terhadap organisasi Perikatan Nasional bagi memberikan fokus yang lebih kepada gerak kerja selepas ini.”

“Tahniah Tan Sri Muhyidin Yasin atas sikap terbuka beliau. Selamat bekerja Pengerusi Perikatan Nasional yang baru,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.