fbpx
Now Reading
Jurucakap Hamas, Abu Ubaidah Disahkan Syahid Dalam Serangan Udara Di Gaza

Jurucakap Hamas, Abu Ubaidah Disahkan Syahid Dalam Serangan Udara Di Gaza

Israel sebelum ini mendakwa Abu Ubaidah terbunuh dalam satu serangan udara di Gaza pada 30 Ogos lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (29 Disember), Briged Al-Qassam mengesahkan kematian jurucakap mereka yang dikenali sebagai Abu Ubaidah dalam serangan udara di Gaza pada beberapa bulan lalu.

Pengesahan itu dibuat menerusi satu video yang dimuat naik di saluran Telegram rasmi Bridged Al-Qassam. Dalan kenyataan tersebut, Hamas menyifatkan Abu Ubaidah sebagai tokoh bertopeng yang dicintai jutaan orang.

Memetik Arab News, Israel sebelum ini mendakwa Abu Ubaidah terbunuh dalam satu serangan udara di Gaza pada 30 Ogos lalu.

Abu Ubaidah jadi figura penting dalam menyampaikan kenyataan

Sepanjang peperangan di antara rejim Zionis dan pejuang Hamas, Abu Ubaidah muncul sebagai figura penting dan sentiasa dinantikan kemunculannya, bukan sahaja oleh penduduk di Gaza malah media-media antarabangsa.

Kenyataan beliau sering menjadi rujukan utama, khususnya berkaitan operasi ketenteraan Hamas dan rundingan pertukaran tahanan.

Abu Ubaidah sertai Hamas sejak usia muda, jadi jurucakap dengan identiti misteri

Abu Ubaidah atau nama sebenarnya Hudhayfa (Huthaifa) Samir Al-Kahlout dilahirkan pada 11 Februari 1985 dan dibesarkan di kem pelarian Jabalia di utara Gaza. Beliau menyertai Hamas sejak usia muda sebelum menjadi anggota Briged Al-Qassam.

Abu Ubaidah kemudiannya dilantik sebagai satu-satunya jurucakap sayap ketenteraan Hamas.

Setiap kali muncul dalam kenyataan video, beliau sentiasa mengenakan pakaian seragam tentera dan menutup wajah dengan keffiyeh merah, menjadikan identitinya satu misteri selama bertahun-tahun.

Hanya segelintir pemimpin tertinggi ketahui identiti sebenar Abu Ubaidah

Menurut pegawai Hamas, hanya segelintir pemimpin tertinggi sahaja yang mengetahui identiti sebenar Abu Ubaidah. Beliau juga dipercayai menjadi sasaran beberapa cubaan pembunuhan oleh Israel sebelum ini.

Video yang mengumumkan kematiannya disampaikan oleh seorang lelaki bertopeng yang berpakaian menyerupai Abu Ubaidah.

Nama Abu Ubaidah akan terus digunakan sebagai ‘jurucakap’

Individu itu turut mengumumkan bahawa dia akan menggunakan nama Abu Ubaidah sebagai jurucakap baharu Briged Al-Qassam untuk kenyataan akan datang.

Dalam video sama, Hamas turut mengesahkan kematian empat lagi komander mereka yang didakwa terbunuh dalam serangan Israel sepanjang konflik berlangsung.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.