fbpx
Now Reading
Kes 1MDB: “Saya Tak Peduli Kerana Tuduhan Tidak Benar” – Rosmah Nafi Jadi Punca Kejatuhan Najib

Kes 1MDB: “Saya Tak Peduli Kerana Tuduhan Tidak Benar” – Rosmah Nafi Jadi Punca Kejatuhan Najib

Jelas Rosmah Mansor, hanya ahli keluarga dan sahabat terdekat yang lebih mengetahui perkara sebenar yang berlaku, selain menafikan diri sendiri punca kejatuhan suaminya, Najib Razak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada Jumaat lalu (26 Disember), Mahkamah Tinggi mengenakan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Keputusan itu diambil selepas beliau didapati bersalah terhadap kesemua empat pertuduhan menggunakan kedudukannya dan 21 tuduhan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM2.3 bilion.

Menurut Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, Najib gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

View on Threads

Dalam pada ramai penyokong Najib bersimpati dan terkejut dengan keputusan itu, ada juga pihak yang menuduh Datin Seri Rosmah Mansor atas kejatuhan suaminya.

Baca Artikel Berkaitan: Najib Bersalah 4 Pertuduhan Guna Kedudukan & 21 Pengubahan Wang Haram Babit Dana 1MDB RM2.3b

Baca Artikel Berkaitan: Kes Seleweng 1MDB: ‘Jawablah Di Hadapan Tuhan Di Akhirat Nanti’ – Najib

Baca Artikel Berkaitan: Najib Diarah Bela Diri Untuk 25 Pertuduhan ‘Money Laundering’ & Seleweng RM2.3 Bilion Dana 1MDB

Rosmah Nafi Jadi Punca Kejatuhan Najib

Menjawab kepada dakwaan terbabit, Rosmah berkata segala tohmahan dilontarkan kepadanya adalah tidak benar dan sesuatu yang tidak berasas, bahkan memilih untuk tidak membiarkan kata-kata itu mengganggu kesejahteraan emosinya.

“Saya tak peduli kerana tuduhan itu semua tidak benar,” tegasnya, lapor Berita Harian.

Jelas beliau, hanya individu terdekat dengannya termasuk ahli keluarga serta sahabat lebih mengetahui hakikat sebenar di sebalik tuduhan yang diterima.

Walaupun sebenarnya berasa berang dengan berita-berita palsu yang tersebar, namun beliau kekal mempamerkan imej tenang kerana percaya itu adalah keinginan Najib sendiri.

“Saya pasti itu yang beliau mahu (kekal bertenang), saya kena kuat demi keluarga kami. Jika diikutkan, sebenarnya beliau lebih marah mengenai cerita-cerita palsu yang tersebar kini,” katanya.

Rosmah dalam masa sama memaklumkan bahawa keutamaannya kini adalah untuk terus tabah dan bersemangat demi menunjukkan kekuatan kepada ahli keluarganya dalam menghadapi ujian berat itu.

Rosmah Kecewa Dengan Pihak Yang Meraikan Kejatuhan Najib

Pun begitu, beliau tetap terkilan dengan sikap segelintir pihak terutamanya pemimpin politik yang seolah-olah meraikan penderitaan dilalui keluarganya.

“Apa yang menyedihkan ialah apabila ada pihak yang bergembira dengan kesusahan dan dugaan keluarga kami,” katanya merujuk kepada reaksi sorakan beberapa pemimpin parti politik selepas Najib disabitkan bersalah berkait kes 1MDB.

“Walau seberapa banyak pun kebencian mereka terhadap Najib dan saya, saya rasa tidak perlulah ada yang bergembira atas kesusahan kami,” luahnya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: “Kenyataan Kurang Ajar” – Seolah Rai Hukuman Najib, Asyraf Wajdi & Pemimpin UMNO Selar Yeo Bee Yin

“Apa Yang Berlaku Adalah Kerana Politik” – Rosmah

Berbicara tentang perancangan masa hadapannya, Rosmah berkata beliau mahu memberi tumpuan penuh dan menghabiskan masa bersama keluarganya selain berserah kepada Allah SWT bagi mendapatkan keadilan serta menegakkan kebenaran pada satu hari nanti.

“Solat, mengaji semua amalan saya dengan Allah SWT tak perlu saya ceritakan semuanya. Pastinya saya sebagai isteri sentiasa mendoakan suami saya,” ujarnya.

Beliau juga menyifatkan segala insiden yang berlaku ini adalah disebabkan percaturan politik tanah air.

“Sebagai seorang isteri, tanggungjawab utama kini untuk terus memberikan sokongan moral melalui doa.

“Semua orang tahu, apa yang berlaku hari ini adalah kerana politik. Sebagai isteri, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keadilan untuk suami saya,” kongsi Rosmah.

Kesal Najib Tidak Dapat Habiskan Masa Bersama Cucu Yang Kian Membesar

Mengulas tentang perkara yang dilalui Najib, Rosmah berkata suaminya berasa kecewa apabila tidak dapat melihat cucu-cucunya membesar di depan mata.

“Banyak milestone (detik penting) dalam keluarga yang beliau terlepas. Itu yang paling kami kesalkan.

“Cucu-cucu semuanya amat menyayangi datuk mereka dan sering bertanya mengenai Najib. Kami cuba sedaya upaya melindungi mereka dan berkongsi seberapa banyak yang boleh,” kata Rosmah lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Pendedahan Eksklusif Justo Tentang Kaitan Jho Low dengan 1MDB, PetroSaudi

Baca Artikel Berkaitan: Keputusan Audit 1MDB: “Syukur, Satu Kemenangan Buat Keluarga Kami” – Rosmah Mansor

Baca Artikel Berkaitan: Diugut Rahsia 1MDB Didedahkan, Bekas Banker Goldman Dakwa Terpaksa Beli Rumah AS$10 Juta Untuk Bekas Kekasih

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.