fbpx
Now Reading
Murid Pindah Sekolah Perlu Lampir Laporan Penuh Kesihatan & Disiplin

Murid Pindah Sekolah Perlu Lampir Laporan Penuh Kesihatan & Disiplin

Reformasi keselamatan sekolah itu memberi fokus kepada lima teras utama iaitu kesihatan mental, pendidikan reproduktif dan sosial, kebajikan guru, suara murid dan Polisi Perlindungan Murid.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Negara sebelum ini dikejutkan dengan beberapa insiden yang berlaku di sekolah, yang membabitkan maruah murid, malah meragut nyawa seorang pelajar.

Terbaharu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal melaksanakan garis panduan keselamatan baharu bermula sesi persekolahan 2026 akan datang.

Di bawah garis panduan ini, murid yang mahu berpindah sekolah perlu melampirkan laporan penuh kesihatan fizikal, kesihatan mental dan disiplin.

“Sekolah asal perlu melampirkan laporan kesihatan termasuk kesihatan mental serta laporan disiplin murid. SOP ini akan diperketatkan supaya isu berisiko dapat dikesan lebih awal,” katanya yang dipetik Utusan.

Memetik Utusan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Mohd Azam Ahmad berkata pembaharuan ini merupakan sebahagian daripada semakan semula yang lebih meluas terhadap Prosedur Operasi Piawai (SOP) keselamatan sekolah yang mungkin tidak lagi relevan.

Semakan semula ini membabitkan agensi seperti:

  • United Nations Children’s Fund (UNICEF)
  • Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Pembaharuan Utamakan Keselamatan Mental, Suara Murid & Kebajikan Guru

Tambah Mohd Azam, reformasi keselamatan sekolah itu memberi fokus kepada lima teras utama iaitu:

  • Kesihatan mental
  • Pendidikan reproduktif dan sosial
  • Kebajikan guru
  • Suara murid
  • Polisi Perlindungan Murid

Dalam masa sama, KPM juga akan memperkenalkan ‘Aku Janji Sekolah’ di antara sekolah, ibu bapa dan murid, serta memperluaskan inisiatif sokongan rakan sebaya seperti program ‘Hero Friend’.

100 Sekolah Terlibat Dalam Projek Rintis

Setakat ini, sebanyak 100 buah sekolah perintis yang terlibat dalam menguji langkah-langkah baharu yang bakal diperkenalkan.

Ini termasuklah mempertingkatkan audit keselamatan dan mempertingkatkan infrastruktur sekolah seperti sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Mohd Azam berkata, pembaharuan itu bertujuan untuk mewujudkan pendekatan jangka masa panjang yang melibatkan seluruh kerajaan, bagi keselamatan sekolah dan kebajikan murid.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.