Masjidil Haram Sediakan Laluan Khas Bagi Warga Emas & OKU, Mahu Berikan Keselesaan Buat Para Jemaah
Autoriti Am Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi meminta para jemaah serta pelawat agar mendapatkan lokasi laluan, lif dan perkhidmatan sokongan di Masjidil Haram dengan merujuk panduan padu arah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Masjidil Haram merupakan salah satu lokasi paling suci buat umat Islam dan menjadi tumpuan lebih-lebih lagi ketika musim Haji dan umrah.
Para muslimin dan muslimat tidak kira usia pasti akan mengunjungi Masjidil Haram bagi melakukan ibadah suci.
Tidak dilupakan juga mereka yang mempunyai kekurangan fizikal turut menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Haram itu.
Baca Artikel Berkaitan: “Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Impian Tunaikan Haji Termakbul, Mualaf Zahir Rasa Syukur Dijemput Jadi Tetamu Allah
Baca Artikel Berkaitan: “Kalau Semua Jemaah Dunia Macam Malaysia, Saya Boleh Tidur Tenang”- Arab Saudi Puji Jemaah Haji Malaysia
Laluan Khas Bagi Warga Emas & OKU Disediakan Di Masjidil Haram
Terkini, satu laluan khas telah diwujudkan di dalam Masjidil Haram bagi golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang dapat mempermudahkan urusan mereka.
Di samping itu, laluan tersebut juga bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa, sekali gus meningkatkan rasa tenang dan khusyuk dalam kalangan jemaah.
Berdasarkan laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA), laluan yang diperuntukkan oleh Autoriti Am Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusannya dalam menambah baik kualiti perkhidmatan kepada jemaah.
Laluan Khas Untuk Memudahkan Pergerakan Golongan Jemaah Terbabit
Katanya, laluan khas yang disediakan itu disusun di lokasi strategik secara teliti agar pergerakan dapat dipermudahkan sementara mengurangkan kesulitan yang mungkin dihadapi golongan terbabit ketika masuk, keluar, atau bergerak di antara aras yang berbeza di Masjidil Haram.
Merupakan sebahagian daripada sistem perkhidmatan bersepadu yang dirangka bagi memenuhi keperluan warga emas dan OKU, peruntukan laluan khas di Masjidil Haram juga bertujuan untuk melancarkan akses terhadap pelbagai kemudahan.
Media melaporkan bahawa langkah ini mencerminkan kesungguhan kepimpinan Arab Saudi dalam menyantuni tetamu di masjid suci itu mengikut piawaian tertinggi kemanusiaan dan perkhidmatan.
Rujuk Panduan Pandu Arah Bagi Perkhidmatan Sokongan Di Masjidil Haram
Dalam masa sama, Autoriti Am Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi meminta para jemaah serta pelawat agar mendapatkan lokasi laluan, lif dan perkhidmatan sokongan di Masjidil Haram dengan merujuk panduan pandu arah.
Menerusi kemudahan yang disediakan ini, pergerakan jemaah diharap dapat menjadi lebih mudah dan selesa, lebih-lebih lagi ketika waktu puncak.
Terdapat Tempat Solat Khas Bagi OKU Di Masjidil Haram
Sebagai info, Masjidil Haram sebelum ini telah pun menyediakan ruang solat khas bagi golongan OKU. Malah terdapat lebih 10,000 kerusi roda yang boleh digunakan secara percuma oleh mereka yang memerlukannya.
Selain itu, terdapat juga lebih 13,000 tandas yang disediakan buat para jemaah dan 25,000 dispenser air zam-zam.
Lantai lokasi itu yang kekal sejuk walaupun dalam cuaca panas juga menyediakan keselesaan buat para jemaah yang hadir dari seluruh pelusuk dunia.
Baca Artikel Berkaitan: Ini 8 Keunikan & Info Tentang Masjidil Haram Yang Mungkin Ramai Tak Tahu
Baca Artikel Berkaitan: Rahsia Di Sebalik Lantai Sejuk Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi Yang Ramai Tak Tahu
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Jadi Negara Pertama Di Dunia Diberi Kebenaran Edar Kad Nusuk Kepada Jemaah Haji



