Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seorang budak perempuan berusia tujuh tahun di Melaka telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami pendarahan di kemaluannya.
Insiden dipercayai berlaku kerana kanak-kanak berkenaan digigit lintah sewaktu bermain di sawah di Sungai Rambai, Jasin, Melaka.
Kanak-kanak difahamkan bermain di kawasan sawah sebelum alami pendarahan pada kemaluan
Dalam insiden terbabit berlaku pada 21 Disember (Ahad) lalu, kanak-kanak itu difahamkan bermain di kawasan sawah bersempena dengan satu program yang berlangsung di kawasan tersebut.
Menurut laporan Harian Metro yang memetik sumber, polis telah menerima maklumat mengenai insiden terbabit sekitar jam 1 tengah hari selepas menerima panggilan daripada pihak Wad Kecemasan Hospital Jasin.
“Mangsa dibawa ibunya ke hospital selepas mengalami kesakitan dan pendarahan ketika bermain di kawasan sawah berkenaan.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan luaran pada bahagian kemaluan mangsa,” jelasnya.
Doktor tak tolak kemungkinan kanak-kanak digigit lintah
Kata sumber itu lagi, ibu kepada kanak-kanak perempuan itu juga memaklumkan ketika insiden anaknya hanya memakai seluar pendek tanpa seluar dalam sewaktu berada di kawasan sawah tersebut.
Mangsa kemudiannya dirujuk di Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut. Doktor bagaimanapun tidak menolak sebarang kemungkinan yang pendarahan itu berpunca dari gigitan haiwan terbabit.
“Namun tiada sebarang unsur kecederaan trauma atau jenayah seksual dikesan.”
Turut difahamkan yang laporan polis juga dibuat untuk memenuhi prosedur perubatan.