LHDN Kemaskini ‘Guidelines On Tax Corporate Governance Framework’ Untuk Pembayar Cukai

Versi terkini TCGF Guidelines menekankan pelaksanaan Annual Risk Assessment bagi menggantikan prosedur Annual Review sebelum ini, sekali gus memantapkan pengurusan risiko dan kepatuhan cukai secara sistematik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) terus memperkukuh usaha dalam memastikan pelaksanaan Program Tax Corporate Governance (TCG) berjalan lancar, berkesan dan memberi manfaat kepada pembayar cukai korporat.

Sejak pelancaran program ini pada 1 Mac 2022, HASiL sentiasa menekankan kepentingan tadbir urus percukaian yang mantap sebagai asas kepada ketelusan, integriti dan keberkesanan pengurusan cukai korporat.

Seiring dengan usaha penambahbaikan berterusan, Tax Corporate Governance Framework (TCGF) Guidelines telah dikemas kini sehingga 1 Disember 2025 dan kini boleh diakses melalui portal rasmi HASiL.

Pengemaskinian ini mengambil kira maklum balas daripada sesi libat urus dengan organisasi serta pengamal percukaian, selain merujuk amalan terbaik di peringkat global.

Versi terkini TCGF Guidelines menekankan pelaksanaan Annual Risk Assessment bagi menggantikan prosedur Annual Review sebelum ini, sekali gus memantapkan pengurusan risiko dan kepatuhan cukai secara sistematik.

HASiL yakin panduan ini akan meningkatkan kefahaman pembayar cukai dan membantu organisasi menyusun strategi tadbir urus cukai secara lebih berkesan.

Dokumen tersebut boleh diakses dan dimuat turun dengan mengikuti panduan mudah berikut:

  1. Layari portal rasmi HASiL di SINI.
  2. Klik menu Perundangan > Rangka Kerja > Rangka Kerja Tadbir Urus Percukaian Korporat > Guidelines on Tax Corporate Governance Framework; atau
  3. Layari Pautan Pantas Guidelines on Tax Corporate Governance Framework di SINI.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas, anda boleh hubungi LHDN menerusi:

  • E-mel khas tcg@hasil.gov.my
  • Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (Luar Negara)
  • HASiL Live Chat
  • Pautan Panats Untuk Borang Maklum Balas Di Portal rasmi HASiL di SINI

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.