Penemuan Bayi Bongkar Perbuatan Sumbang Mahram Kakak & Adik OKU Lembam
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, hasil siasatan terhadap lelaki yang ditahan mendapati individu berkenaan merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Siapa sangka, penemuan seorang bayi pada Ahad lalu (14 Disember) telah membongkarkan perbuatan sumbang mahram membabitkan seorang remaja perempuan dan adik lelakinya di Besut, Terengganu.
Difahamkan, bayi lelaki terbabit ditemui di belakang semua rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh berkata, hasil siasatan mendapati bayi itu dilahirkan secara rahsia hasil hubungan terlarang melibatkan remaja perempuan berusia 16 tahun.
Bayi hasil hubungan sumbang mahram kakak dan adik dibuang sejurus dilahirkan
“Sejurus selepas dilahirkan, bayi itu dilaporkan telah dibuang oleh suspek sebelum ditemui oleh salah seorang penghuni rumah di situ,” katanya dalam satu kenyataan semalam (15 Disember) dipetik Sinar Harian.
Menurutnya, polis telah menahan reman seorang remaja lelaki berusia 14 tahun sehingga tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan.
“Mahkamah membenarkan lelaki tersebut ditahan untuk siasatan menyeluruh berhubung kes itu. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan berkaitan dengan kesalahan membuang bayi, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.
”Siasatan turut dijalankan bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana perbuatan sumbang mahram, iaitu hubungan seks oleh individu yang tidak dibenarkan berkahwin oleh hukum agama.
“Seksyen ini membawa hukuman penjara yang sangat berat, iaitu tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih 20 tahun, serta sebatan,” katanya.
Remaja lelaki dipercayai OKU lembam
Dalam pada itu, Md Sani berkata hasil siasatan terhadap lelaki yang ditahan juga mendapati individu berkenaan dipercayai orang kurang upaya (OKU) lembam.
Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan dan perkembangan mengenainya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
“Buat masa ini belum ada ahli keluarga lain atau saksi yang dipanggil untuk dirakam keterangan,” ujarnya.
Ketika ini, bayi terbabit dan remaja perempuan itu sedang dirawat di sebuah hospital.
Polis minta orang ramai jangan sebar maklumat palsu berhubung kejadian
Md Sani berkata, perbuatan membuang bayi ini adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan bercanggah dengan hukum agama serta jelas menafikan hak seorang bayi untuk hidup.
Berkongsi lanjut, Md Sani turut meminta orang ramai agar tidak menyebar maklumat palsu atau tidak benar berhubung kes tersebut.
“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhemah dan bertanggungjawab agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan atau menyebar maklumat tidak tepat di media sosial berhubung kes tersebut,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar IPT Didakwa Rogol Adik Kandung Bawah Umur
Baca Artikel Berkaitan: Kejam! Bapa Bunuh & Tanam 7 Bayi Hasil Sumbang Mahram Dengan Anak Kandung, Kononnya Ritual Jadi Kaya
Baca Artikel Berkaitan: Tular Janin Bayi Ditemukan Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil, Polis Kini Jalankan Siasatan
Baca Artikel Berkaitan: Belum Sampai Setahun, Wanita Ulangi Perbuatan ‘Buang’ Bayi Di Hospital
Baca Artikel Berkaitan: 67,628 Anak Tidak Sah Taraf Direkodkan Dalam Tempoh 5 Tahun – Timbalan Menteri KDN



