Pengasas Bersama Farm Fresh, Loi Tuan Ee Jual Pegangan Saham Bernilai RM132.5 Juta
Walaupun selepas penjualan tersebut, Loi masih menjadi pemegang saham tersebar Farm Fresh dengan pegangan 37.42% atau 703.14 juta saham.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pengasas bersama merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Farm Fresh Bhd, Loi Tuan Ee telah menjual sahamnya bernilai RM132.5 juta melalui satu transaksi perniagaan langsung.
Menurut makluman kepada bursa pada Khamis (11 Disember), Loi melupuskan 50 juta unit saham bersamaan 2.66% daripada keseluruhan saham terbitan syarikat itu.
Memetik The Edge, penjualan itu dibuat melalui dua syarikat pelaburan keluarganya iaitu Rainforest Capital Sdn Bhd dan Farmchoice Foods Sdn Bhd.
Blok saham dijual pada harga RM2.65 sesaham pada Selasa lalu
Data menunjukkan blok saham tersebut diperdagangkan pada harga RM2.65 sesaham pada 9 Disember lalu. Ini merupakan jualan saham terbuka terbesar oleh Loi sejak Farm Fresh disenaraikan dalam Bursa pada Mac 2022.
Kali terakhir beliau menjual saham dengan jumlah yang besar adalah pada Mei 2024, melibatkan 46.81 juta saham bernilai RM66.67 juta.
Penjualan tersebut bagaimanapun tidak mengubah status Loi sebegai pemegang saham tersebar Farm Fresh dengan pegangan 37.42% atau 703.14 juta saham.
Harga saham Farm Fresh capai paras tertinggi susulan prestasi kukuh syarikat
Difahamkan, penjualan saham ini berlaku selepas harga saham Farm Fresh mencapai paras tertinggi baharu RM2.95 pada 4 Disember susulan prestasi kukuh bagi suku kedua (Q2) yang berakhir pada 30 September 2025.
Dalam tempoh terbabit, Farm Fresh telah mencatat keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat iaitu RM36.66 juta, meningkat 40% berbanding RM26.18 juta pada tahun sebelumnya.
Khazanah turut kurangkan pegangan
Sebelum ini, Khazanah Nasional Bhd turut mengurangkan pegangan dalam Farm Fresh dan tidak lagi menjadi pemegang saham utama sejak September lalu apabila pegangannya susut daripada 6.49 kepada 3.02%.
Memetik Berita Harian, Khazanah merekodkan salah satu pelaburan paling berjaya dalam tempoh lebih sedekad selepas menjual sebahagian besar pegangan sahamnya.
Dana kekayaan negara itu memperoleh hampir RM900 juta sejak membuat pelaburan awal pada 2011 menjadikannya antara pulangan tertinggi berbanding pelaburan langsung lain.
Difahamkan, Khazanah menjual 65 juta saham melalui anak syarikat milik penuh, Agrifood Resources Holdings Sdn Bhd.
Baca Artikel Berkaitan: Farm Fresh Ambil Peluang Luaskan Pasaran Lepas Konflik 2 Negara, Kini Jadi Jenama Susu Popular Di Kemboja
Baca Artikel Berkaitan: Boss Susu Akhirnya Buka Mulut Isu Syer Kecil Bersama Syarikat Tenusu



