Gara-gara Tak Dapat RM10, Lelaki Hentak Isteri Dengan Kipas Angin
Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Champin Piuh polis turut merampas sebuah kipas angin yang dipercayai digunakan suspek untuk menghentak kepada isterinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui keganasan rumah tangga merupakan satu kesalahan undang-undang dan individu yang melakukan perkara terbabit boleh didakwa.
Bukan hanya itu, mana-mana individu yang mengetahui ada mangsa yang menjadi mangsa rumah tangga juga boleh membuat laporan berhubung perkara itu.
Ini kerana ia bertujuan untuk melindungi individu daripada terus menjadi mangsa dan mengelakkan daripada berlaku perkara yang tak diingini.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Masalah Kewangan & Selisih Faham Antara Faktor Keganasan Rumah Tangga Di Pahang
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Selangor Catat Kes Keganasan Rumah Tangga Tertinggi
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Suami Pukul Isteri Hanya Kerana Tutup Pintu Rumah Dengan Kuat
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Boleh Ke Suami ‘Naik Tangan’ Pukul Isteri Dalam Islam? Ini Penjelasannya
Lelaki ditahan selepas hentak kepala isteri menggunakan kipas angin
Terbaharu seorang lelaki telah ditahan polis ekoran bertindak ganas terhadap isterinya dengan menghentakkan kepala wanita terbabit menggunakan kipas angin dalam insiden di Felda Umas, Tawau, Sabah pada 10 Disember lalu.
Dalam insiden yang berlaku pada 1.15 tengah hari, wanita yang berusia 34 tahun terbabit diperlakukan sebegitu selepas suaminya berang kerana tidak berjaya mendapatkan RM10 yang diminta.
Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Champin Piuh lelaki itu telah ditahan dalam satu serbuan selepas disyaki mencederakan isterinya membabitkan insiden keganasan rumah tangga.
“Dalam kejadian yang berlaku pada September lalu, berlaku pertengkaran di dalam bilik yang kemudiannya bertukar ganas apabila suspek menghentak kepala mangsa menggunakan kipas angin sehingga menyebabkan kecederaan.
“Susulan laporan tersebut, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Tawau berjaya mengesan dan menangkap suspek berusia 43 tahun di kediaman sama,” ujarnya, lapor Sinar Harian.
Suspek ada rekod lampau berkaitan dengan keganasan rumah tangga dan berstatus dikehendaki
Jelas beliau lagi, lelaki berkenaan turut mempunyai rekod lampau berkaitan kes di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumahtangga dan berstatus orang yang dikehendaki.
“Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas sebuah kipas angin yang dipercayai digunakan suspek ketika kejadian.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumahtangga, siasatan lanjut termasuk semakan rekod kesalahan lampau sedang dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan.”
Beliau turut menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang bertindak melakukan keganasan rumah tangga serta tindakan tegas dan pendakwaan akan diambil ke atas individu terbabit tanpa mengira alasan mahupun hubungan keluarga.
Beliau dalam masa sama turut menasihatkan orang ramai agar tidak membiarkan konflik rumah tangga berlarutan sehingga mencetuskan keganasan serta segera mendapatkan bantuan pihak berkuasa jika keselamatan diri terancam.
“Sikap berdiam diri akan hanya membuka ruang kepada pelaku untuk bertindak lebih agresif,” ujarnya lagi.



