“Apa Faedah Gelar Type M, Type C?” – Sultan Selangor Tegur Netizen Tentang Hantaran & Komen Kebencian
Dalam pada itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menzahirkan kebimbangan kecerdasan buatan (AI) digunakan untuk hasilkan kandungan yang mencetus sentimen politik negatif.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dapat dinafikan dengan penggunaan media sosial yang semakin berkembang dalam masyarakat, kemudahan itu kian disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Antaranya termasuklah meninggalkan hantaran dan komen berunsur kebencian khususnya yang terkait kaum dan agama, serta penyebaran berita palsu.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini, menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan hantaran serta komen sedemikian.
Baca Artikel Berkaitan: Polis Buru Pemilik Akaun Media Sosial Timbulkan Kebencian Kepada Pemain Bola Sepak – Saifuddin
Baca Artikel Berkaitan: Polis Buru Pengguna Facebook Muat Naik Komen Unsur Menghina, Siap Ajak Bom Masjid Ketika Solat Jumaat
Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Hina Agama, Menteri Perpaduan Beri Amaran Henti Gugat Keharmonian Negara
Sultan Sharafuddin Nasihati Agar Berfikir Sebelum Muat Naik Hantaran
Menerusi satu temu bual eksklusif bersama Bernama, baginda turut menzahirkan rasa terganggu dengan pelbagai isu berkaitan kaum, agama dan penyebaran berita palsu.
Sehubungan itu, baginda menasihati orang ramai agar “berfikir sedalam-dalamnya sebelum memuat naik hantaran atau menyatakan sesuatu”.
“Setiap hantaran anda mempunyai implikasi tersendiri khususnya yang menyentuh isu kaum dan agama. Ia boleh mendatangkan kemudaratan serta mencetuskan kebencian yang tidak wajar,” titah baginda.
Temu bual itu dikendalikan oleh Tokoh Wartawan Negara Datuk Seri Wong Chun Wai, yang juga merupakan Pengerusi Bernama.
Sultan Selangor Persoal Faedah Hantaran & Komen Berasaskan Kaum
Dalam masa sama, Sultan Sharafuddin turut memberi teguran terhadap naratif dan komen berasaskan kaum serta meminta orang ramai khususnya rakyat Selangor agar bekerjasama tanpa mengira kaum dan agama.
Baginda juga mempersoalkan faedah memuat naik hantaran dan meninggalkan komen sedemikian sekiranya hanya menyebabkan polarisasi dan rasa tidak percaya dalam kalangan masyarakat.
“Apa faedahnya menggelarkan rakyat Malaysia yang lain sebagai Type C (Cina) atau Type M (Melayu) atau kafir atau bukan kafir, orang kita atau jenis dia? Tolong hentikan perbuatan sebegini.
“Amanat beta kepada rakyat Selangor, tolong ambil berat tentang negara Malaysia dan negeri Selangor. Bekerjasamalah tanpa mengira kaum atau agama.
“Fokuslah pada persamaan antara kaum. Jangan terlalu memfokus kepada perbezaan. Ada perkara yang kita tidak mampu ubah sebagai manusia biasa. Jadi, adalah lebih baik kita menitikberatkan kepentingan bersama, nilai serta prinsip dalam hidup dan agama,” titah baginda.
Sultan Selangor Bimbang AI Digunakan Untuk Cetus Sentimen Politik Negatif
Di samping itu, baginda Sultan Sharafuddin menzahirkan kebimbangan “keadaan mungkin menjadi lebih buruk menjelang pilihan raya umum akan datang”, yang dijangka diadakan pada tahun 2026 atau 2027 kelak.
“Dengan AI (kecerdasan buatan), beta hanya dapat merasakan bahawa akan wujud lebih banyak kandungan yang memudaratkan untuk mencetuskan sentimen politik yang negatif.
“AI adalah teknologi yang baik namun kita masih memerlukan undang-undang bagi mengelakkan ia disalah guna, contohnya deepfake yang sering digunakan oleh penipu.
“Kita juga perlu menghentikan bentuk kandungan lain yang memudaratkan dengan menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat,” titah Sultan Selangor.
Kenyataan Benci & Jahat Berkait Kaum & Agama Boleh Diambil Tindakan
Baginda turut bertitah bahawa kenyataan berbaur kebencian serta kandungan yang berniat jahat berkaitan kaum dan agama juga boleh diambil tindakan di bawah undang-undang sedia ada.
“Banyak komen dan hantaran yang bersifat provokatif, tidak menghormati pihak lain serta memudaratkan.
“Dalam konteks Malaysia, di mana sensitiviti terhadap etnik, kepercayaan dan identiti nasional adalah tinggi, kita perlu memahami bahawa tingkah laku dalam talian sedemikian tidak boleh diterima,” titah baginda.
Baca Artikel Berkaitan: Padah Hina Agong Di Laman X, Peniaga Gerai Makan Didenda RM3,000
Baca Artikel Berkaitan: Guna Kata Kesat & Biadap, Sultan Selangor Tegur Segelintir Pihak Serta Ahli Politik
Baca Artikel Berkaitan: “Kenapa Kejam Sangat” – Pakar Perjelas Punca Warganet Kerap Berkata Kasar Di Media Sosial






