Kes Pampasan MH370: Mahkamah Beijing Arah Malaysia Airlines Bayar RM1.7 Juta Kepada 8 Waris Mangsa
Jumaat lalu (5 Disember), Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang telah mengarahkan defendan membayar pampasan kepada plaintif selaras dengan Konvensyen Montreal dan undang-undang China yang berkaitan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (8 Disember), sebuah mahkamah di Beijing telah membuat keputusan berhubung tuntutan pampasan yang difailkan oleh beberapa waris mangsa pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 2014 lalu.
Menurut Berita Harian yang memetik agensi berita Xinhua, Mahkamah Tinggi Rakyat Beijing dalam satu kenyataan berkata lapan kes yang diputuskan kali ini melibatkan lapan penumpang.
Malaysia Airlines diarah bayar RM1.7 juta kepada 8 waris mangsa MH370
Jumaat lalu (5 Disember), Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang telah mengarahkan defendan membayar pampasan kepada plaintif selaras dengan Konvensyen Montreal dan undang-undang China yang berkaitan.
Pampasan itu meliputi ganti rugi, kos pengebumian, ganti rugi tekanan emosi, kerugian lain serta kos berkaitan berjumlah lebih 2.9 juta yuan (kira-kira RM1.7 juta) bagi setiap kes.
Operasi pencarian serpihan MH370 akan disambung semula pada 30 Disember ini
Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam satu kenyataan memakumkan operasi pencarian bagi mengesan serpihan MH370 akan disambung semula pada 30 Disember ini.
Menurut MOT, Ocean Infinity sudah mengesahkan operasi pencarian di dasar laut secara berperingkat selama 55 hari dimulakan semula.
“Pencarian akan dijalankan di lokasi sasaran yang dinilai mempunyai kebarangkalian tertinggi untuk menemukan pesawat berkenaan, selaras perjanjian perkhidmatan dimeterai antara kerajaan Malaysia dan Ocean Infinity pada 25 Mac lalu.
“Perkembangan terkini ini menekankan komitmen kerajaan dalam memberikan kepastian kepada keluarga yang terkesan oleh tragedi ini,” katanya dipetik Berita Harian.
Kehilangan MH370 pada 2014 kejutkan dunia, kekal misteri sehingga hari ini
Terdahulu, berita kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal pada 11 tahun lalu telah mengejutkan dunia dan kekal menjadi misteri sehingga hari ini.
Pesawat terbabit berlepas pada waktu 12.41 tengah malam pada 8 March 2014 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dijangka mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama.
Bagaimanapun, MH370 secara tiba-tiba hilang dari radar ketika ingin memasuki kawasan udara di Ho Chi Minh dengan perkataan terakhir yang diucapkan oleh juruterbang adalah ‘Goodnight Malaysia three seven zero’.
Foto: Laurent ERRERA, Soerfm, CC BY-SA 2.0
Baca Artikel Berkaitan: Bekas PM Australia Dakwa Putrajaya ‘Pasti’ Kes MH370 Adalah Jenayah Bunuh Diri
Baca Artikel Berkaitan: “Kau Setakat Google..” – Berang Sebar Info Tak Tepat, Waris MH370 ‘Sekolahkan’ PrinceMeed [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Jadikan MH370 Bahan Jenaka, Singapura Mohon Maaf Dedah Pelawak Jocelyn Chia Bukan Lagi Warganegara



