fbpx
Now Reading
Tular Nyaris Bertembung Dengan Kereta, 2 Remaja Naik Basikal Lajak Dakwa Tak Sedar Lampu Isyarat Merah

Tular Nyaris Bertembung Dengan Kereta, 2 Remaja Naik Basikal Lajak Dakwa Tak Sedar Lampu Isyarat Merah

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, empat keterangan sudah direkodkan membabitkan kedua-dua remaja yang menunggang basikal lajak itu dan ibu bapa mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dua remaja lelaki yang ditahan polis pada petang Sabtu (6 Disember) selepas tular di media sosial rakaman dashcam mereka menunggang basikal lajak secara berbahaya telahpun dilepaskan selepas keterangan diambil.

Difahamkan, kejadian terbabit yang menyebabkan salah seorang daripada mereka nyaris merempuh sebuah kereta berlaku di persimpangan lampu isyarat Putra Heights, Subang Jaya pada Khamis lalu (4 Disember).

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya pada jam 5 petang kelmarin sebelum dilepaskan kira-kira jam 2 pagi semalam (7 Disember).

2 remaja dakwa tak sedar lampu isyarat merah

Menurutnya, remaja berusia 14 dan 15 tahun itu mendakwa mereka tidak menyedari lampu isyarat sedang merah ketika menunggang basikal lajak di kawasan berkenaan.

“Kedua-duanya tidak cedera dan tidak berlaku kerosakan terhadap kenderaan lain. Ibu bapa mereka sudah dipanggil, diambil keterangan dan diberikan nasihat,” katanya dipetik Berita Harian.

Menurutnya lagi, empat keterangan sudah direkodkan setakat ini membabitkan kedua-dua remaja dan ibu bapa mereka

Jelas Wan Azlan, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ujarnya, perkembangan lanjut akan dimaklumkan selepas keputusan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Tular rakaman 2 remaja naik basikal lajak langgar lampu merah, nyaris kemalangan

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman dashcam yang memaparkan dua remaja menunggang basikal lajak secara berbahaya di kawasan persimpangan lampu isyarat.

Dalam video terbabit, kelihatan seorang remaja melanggar lampu isyarat merah sementara rakannya pula nyaris merempuh sebuah kereta.

Dalam video terbabit, kelihatan seorang remaja yang melanggar lampu isyarat merah berjaya melintasi persimpangan jalan dengan selamat, manakala rakannya di belakang pula ‘tersangkut’ dan nyaris merempuh sebuah kereta dipercayai jenis Subaru Forester.

Rakam terbabit kemudiannya meraih perhatian ramai di mana rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan dua remaja itu dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan agar gejala tidak berfaedah ini tidak terus menular dalam kalangan anak-anak muda di Malaysia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.