Mendulang Emas Tidak Perlu Keluar Zakat Selagi Tak Penuhi Syarat – Mufti Kelantan
Menurut Datuk Mohamad Shukri Mohamad, mendulang itu satu usaha mencari emas tetapi selagi tidak memenuhi syarat maka tidak perlu mengeluarkan zakat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Mufi Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan emas yang diperolehi hasil daripada mendulang tidak perlu mengeluarkan zakat.
Namun menurut Mohamad Shukri, zakat emas perlu dibuat apabila memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja.
“Kalau dapat sikit emas, tidak sampai 85 gram dan terus jual tidak kena zakat. Tetapi kalau kumpul sehingga cukup 85 gram dalam tempoh setahun kena bayar zakat.
“Kalau jual runcit tidak tersimpan selama setahun tidak perlu bayar zakat emas kerana tidak terlibat dengan hukum zakat,” katanya dipetik Sinar Harian.
Tak perlu bayar zakat selagi tidak penuhi syarat 85 gram
Menurut beliau, mendulang itu satu usaha mencari emas tetapi selagi tidak memenuhi syarat maka tidak perlu mengeluarkan zakat.
Jelasnya, syarat wajib zakat emas di Kelantan adalah wajib bagi semua yang cukup haul (setahun), cukup nisab (85 gram untuk emas simpanan) dan memenuhi syarat wajib zakat (Islam, merdeka, sempurna milik).
Permohonan lesen mendulang emas hanya untuk rakyat Kelantan
Terdahulu, kerajaan negeri menetapkan syarat permohonan lesen untuk mendulang emas yang akan dikeluarkan pada Januari ini kepada rakyat Kelantan sahaja.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, kebenaran itu selaras dengan Seksyen 28 Enakmen Mineral 2001 iaitu kerajaan negeri menetapkan emas yang diperoleh hanya boleh dijual kepada pembeli yang diiktiraf kerajaan negeri sahaja.
Menurutnya, sehubungan itu, permohonan untuk mendapatkan lesen terbabit boleh dibuat melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri atau jajahan bermula Januari tahun depan.
Ujar Mohamed Fadzli, bayaran sebanyak RM100 setahun ditetapkan kepada rakyat Kelantan untuk mendapatkan lesen mendulang emas.
Baca Artikel Berkaitan: Hanya ‘Ore Kelate’ Boleh Dulang Emas Di Kelantan, Lesen Dibuka Januari Depan
Baca Artikel Berkaitan: Exco Kelantan Nasihat Jangan Tinggal Kerja Tetap Demi Dulang Emas



