fbpx
Now Reading
Lelaki Maut Selepas Terjatuh Sewaktu Ambil Bola Pickleball

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Sewaktu Ambil Bola Pickleball

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim memaklumkan mangsa telah terjatuh ke tingkat bawah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui sukan pickleball semakin mendapat tempat di seluruh dunia. Secara amnya sukan ini menggabungkan elemen seperti tenis, badminton serta pingpong.

Meskipun ia satu sukan yang baharu, namun sukan ini dilihat mula disukai oleh orang ramai.

Malah turut banyak court pickleball sudah mula dibina dan dihias dengan cantik untuk memberikan keselesaan mereka yang datang bermain.

Lelaki meninggal dunia terjatuh bangunan ketika ambil bola pickleball

Terbaharu seorang lelaki meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga sewaktu cuba untuk mengambil bola pickleball di sebuah bangunan di Pudu, Kuala Lumpur, pada 3 Disember lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail insiden terbabit terjadi sekitar jam 9.43 malam membabitkan lelaki berusia 32 tahun.

Panjat pagar sebelah gelanggang untuk ambil bola

“Sebelum kejadian, mangsa telah bermain pickleball di tingkat tiga dan telah memanjat pagar sebelah gelanggang untuk mengambil bola.

“Bagaimanapun, mangsa telah terjatuh ke tingkat bawah. Kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya, lapor Kosmo.

Menerusi semakan kami, insiden serupa turut tular di media sosial selepas dikongsikan oleh sebuah akaun di Threads. Namun tidak dapat disahkan sama ada tempat yang dimaksudkan adalah sama atau berlainan.

View on Threads

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Nak Cuba Main Sukan Pickleball? Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.