fbpx
Now Reading
“Insya-Allah Saya Akan Buktikan Saya Tak Bersalah” – Shamsul Iskandar

“Insya-Allah Saya Akan Buktikan Saya Tak Bersalah” – Shamsul Iskandar

Dalam pada itu, peguam yang mewakil Shamsul Iskandar, Datuk Amer Hamzah Arshad mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi keterlaluan berhubung ke situ.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin bertekad mahu membersihkan namanya selepas berdepan empat pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini (4 Disember).

Menurutnya, sejak siasatan bermula, beliau mengambil pendekatan proaktif dengan memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) dan yakin proses mahkamah akan membuktikan dirinya tidak bersalah.

“Saya akan buktikan saya tak bersalah” – Shamsul Iskandar

“Pertama, saya ucap terima kasih kepada barisan peguam dan sahabat yang hadir hari ini bersolidariti dan berdoa. Insya-Allah, saya akan buktikan saya tidak bersalah.

“Kita akan ikut jalur hukum proses mahkamah dan saya dari awal memberikan kerjasama kepada SPRM untuk menyelesaikan siasatan dan membersihkan nama saya,” katanya dipetik Kosmo.

Dalam pada itu, peguam yang mewakil Shamsul Iskandar, Datuk Amer Hamzah Arshad mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi keterlaluan berhubung kes itu.

Shamsul Iskandar akan pertahankan diri ikut undang-undang

Amer Hamzah turut menegaskan anak guamnya akan mempertahankan diri melalui proses undang-undang yang ada.

Sebelum ini, Shamsul Iskandar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan rasuah.

Shamsul Iskandar membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Shamsul Iskandar umum letak jawatan selepas Albert Tei bongkar maklumat mengejutkan

Terdahulu, Shamsul Iskandar yang berusia 51 tahun itu mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.

Peletakkan jawatan itu dilakukan selepas ahli perniagaan Albert Tei membongkar maklumat dengan mengaitkan Shamsul Iskandar dalam skandal perlombongan di Sabah.

Usahawan kontroversi itu mendakwa beliau memberikan RM629,000 kepada Shamsul atas alasan diyakinkan boleh mendapat kembali wang yang disalurkan kepada ahli-ahli politik di Sabah.

Albert Tei dan Shamsul Iskandar kemudiannya ditahan oleh SPRM untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: Shamsul Iskandar Letak Jawatan Setiausaha Politik Kanan PM

Baca Artikel Berkaitan: Albert Tei Dibawa Pulang Ke Rumah Selepas Ditahan Di Kediamannya Pagi Tadi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.