Now Reading
3 Menteri Angkat Sumpah Senator Untuk Penggal Kedua

3 Menteri Angkat Sumpah Senator Untuk Penggal Kedua

Pelantikan itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 45(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan tempoh pelantikan adalah selaras Perkara 45(3) dan 45(3A).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (3 Disember), tiga menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi menyambung penggal kedua perkhidmatan mereka sebagai Senator.

Ketiga-tiga mereka adalah:

  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
  • Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar

Upacara mengangkat sumpah itu berlangsung di Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Pelantikan semula ketiga-tiga mereka yang pertama kali mengangkat sumpah pada 3 Disember 2022 berkuat kuasa hari ini sehingga 2 Disember 2028.

Harap tiga Senator jalankan amanah dengan penuh integriti

Dalam ucapannya, Awang Bemee menzahirkan harapan agar ketiga-tiga Senator terbabit dapat terus menjalankan amanah dengan penuh integriti dan berkaliber.

Menurut beliau, pelantikan itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 45(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan tempoh pelantikan adalah selaras Perkara 45(3) dan 45(3A).

“Bagi pihak Dewan yang mulia ini, tahniah kepada tiga Senator yang kembali ke Dewan Negara dan selamat berkhidmat semula.

“Jika terus diberikan amanah dalam pentadbiran, maka jalankan tugas dengan berkaliber serta memantapkan peranan Senator di Dewan ini,” katanya dipetik Kosmo.

Perkara tersebut turut dikongsikan Senator Datuk Rosni Sohar menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya sebentar tadi.

Dalam hantaran itu, beliau mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga Senator atas pelantikan semula mereka untuk penggal kedua.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.