fbpx
Now Reading
Kes Suami Bunuh Isteri: Suspek Didakwa Pernah Jumpa Bomoh Minta ‘Tilik’ Mangsa

Kes Suami Bunuh Isteri: Suspek Didakwa Pernah Jumpa Bomoh Minta ‘Tilik’ Mangsa

Sepupu mangsa yang dikenali sebagai Razwan Mat Yazid mendedahkan suspek kerap menghubunginya kerana mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (1 Disember), kecoh mengenai laporan seorang wanita yang maut dipercayai ditikam oleh suaminya di kediaman mereka yang terletak di Kampung Paku, Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan.

Mangsa yang dikenali sebagai Mastura Abdullah dan berusia 40 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat ditikam dengan senjata tajam.

Suspek yang berusia 63 tahun itu didakwa membunuh isterinya itu pada jam 10 pagi malah sempat keluar mengambil anak di sekolah kira-kira jam 12 tengahari sebelum menyerah diri di balai polis.

Suspek didakwa bertindak demikian kerana cemburu dan mengesyaki isterinya itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Sepupu Dedah Suspek Dikatakan Pernah Jumpa Bomoh

Terbaharu, sepupu mangsa yang dikenali sebagai Razwan Mat Yazid mendedahkan suami Mastura kerap menghubunginya kerana mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Malah, suspek didakwa pernah berjumpa dengan bomoh untuk ‘menilik’ sama ada wanita berkenaan mempunyai lelaki lain.

“Saya sebelum ini memberitahu suspek bahawa arwah tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki seperti tanggapannya kerana arwah bekerja dan tidak sempat mengangkat telefon disebabkan sibuk bekerja.

“Arwah bekerja sebagai tukang masak di Selangor kerap menumpang saya balik ke Kelantan memandangkan saya bekerja sebagai pemandu lori,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Suspek Bebas Dari Pengaruh Dadah & Tiada Masalah Mental

Memetik Utusan Malaysia, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat menjelaskan suspek bebas dari pengaruh dadah.

Ia berdasarkan hasil saringan ujian air yang dilakukan ke atas suspek mendapati keputusannya negatif.

“Suspek juga seorang yang normal dan tidak mempunyai masalah mental,” katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia.

Jelas Mohd Yusoff, siasatan lanjut terhadap suspek juga masih dijalankan.

“Suspek dalam keadaan yang marah terlampau sehingga bertindak menikam isterinya. Kita boleh kata kejadian ini bermotifkan cemburu dan suspek mengesyaki isterinya mempunyai lelaki lain.

“Hasil pemeriksaan ke atas mayat mangsa mendapati, dia telah ditikam dengan satu tikaman di badan sehingga mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” ujarnya.

Suspek Direman 6 Hari, Kes Disiasat Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula hari ini (2 Disember) sehingga Ahad (7 Disember) depan.

Perintah tahanan reman yang dikeluarkan oleh Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Arwah Isteri Ketiga Suspek & Dah Dirikan Rumah Tangga Sejak 14 Tahun Lalu

Sebelum ini, adik mangsa yang dikenali sebagai Mohd Jony Abdullah mendedahkan tiada bunyi bising atau pertengkaran ketika insiden tersebut berlaku dan ia hanya disedari selepas polis datang ke rumah.

Lebih memilukan, anak lelaki arwah berusia 10 tahun yang baru pulang dari sekolah melihat ibunya dalam keadaan tidak bernyawa dalam insiden yang berlaku di bahagian dapur rumah.

Tambah Mohd Jony, arwah merupakan isteri ketiga suspek dan mereka mendirikan rumah tangga sejak 14 tahun lalu.

“Saya tidak begitu rapat dengan suspek kerana sikapnya yang kurang mesra dan pada masa sama dia juga tidak bergaul dengan penduduk kampung,” katanya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Gagal Pujuk Batalkan Tuntutan Fasakh, Suami Tikam Isteri Hingga Maut

Baca Artikel Berkaitan: 16 Tahun Kahwin Rupanya 4 Anak Bukan Darah Daging Sendiri, Suami Tikam Isteri Hingga Mati

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Bakar Kereta & Tikam Suami Kerana Kerap Dibandingkan Dengan Bekas Isteri

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.