fbpx
Now Reading
Ops Songsang: JAWI Masih Jalankan Siasatan, Akan Perhebat Dakwah – Mohd Na’im

Ops Songsang: JAWI Masih Jalankan Siasatan, Akan Perhebat Dakwah – Mohd Na’im

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, sebanyak 171 warga tempatan yang ditahan dalam serbuan berkenaan dibebaskan selepas mahkamah menolak permohonan reman terhadap mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hujung minggu lalu, negara dikejutkan dengan laporan lebih 200 lelaki ditahan di sebuah pusat kesihatan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur selepas disyaki terlibat dalam aktiviti hubungan songsang.

Kesemua mereka yang berusia 18 hingga 60 tahun itu ditahan dalam satu operasi jam 8 malam Jumaat lalu (28 November) membabitkan Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Lebih mengejutkan, di antara individu-individu yang ditahan, terdapat 17 penjawat awam yang terdiri daripada doktor bedah, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik, guru serta pegawai agensi penguatkuasaan.

JAWI masih jalankan siasatan

Terbaharu, JAWI masih menjalankan siasatan terhadap lebih 100 warga tempatan yang ditahan dalam operasi berkenan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, siasatan dibuat mengikut peruntukan Seksyen 25 dan Seksyen 47 Akta Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997.

“Seksyen 25 berkaitan dengan kesalahan liwat dan Seksyen 47 ialah percubaan melakukan kesalahan itu. Jadi daripada pihak JAWI, siasatan masih berjalan,” katanya dipetik Sinar Harian semalam (30 November).

JAKIM dan JAWI akan perhebat dakwah serta jelaskan tentang perbuatan songsang

Menurutnya, JAWI dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga akan memperhebat tindakan dakwah serta memberi penjelasan tentang perbuatan songsang yang jelas bertentangan dengan ajaran agama dan nilai Madani.

“Perbuatan ini memang tidak boleh diterima undang-undang apa lagi dari sudut agama,” katanya.

Mahkamah tolak permohonan reman 171 warga tempatan

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, sebanyak 171 warga tempatan yang ditahan dalam serbuan berkenaan dibebaskan selepas mahkamah menolak permohonan reman terhadap mereka.

Fadil berkata, tanpa pengakuan mangsa, siasatan di bawah Seksyen 377 (persetubuhan luar tabii) dan Seksyen 372 (eksploitasi pelacuran) Kanun Keseksaan tidak dapat diteruskan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.