fbpx
Now Reading
Dr Zaliha Dedah Lesen Spa Disalah Gunakan Untuk Aktiviti Songsang

Dr Zaliha Dedah Lesen Spa Disalah Gunakan Untuk Aktiviti Songsang

Menurut Datuk Seri Dr Zaliha, aktiviti yang dilakukan selepas lesen diberi adalah luar kawalan pihaknya dan ia juga antara sebab bagaimana DBKL berjaya membongkar aktiviti lain selain dari yang dipohon dalam lesen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, seramai 201 individu telah ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti hubungan songsang di sebuah pusat kesihatan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 28 November lalu.

Mereka yang ditahan berusia 19 hingga 60 tahun dalam satu operasi yang dilakukan jam 8 malam pada 28 November.

Daripada yang ditahan seramai 17 orang adalah penjawat awam yang bekerja sebagai doktor, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik, guru dan pegawai agensi penguatkuasaan, lapor Berita Harian.

Walau bagaimanapun, seramai 171 lelaki warga tempatan yang ditahan dalam serbuan itu telah dibebaskan dengan jaminan pada 29 November selepas permohonan reman ke atas individu berkenaan ditolak.

Salah gunakan lesen spa untuk lakukan aktiviti songsang

Terbaharu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa memaklumkan penyalahgunaan lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjadi punca wujud premis yang melakukan aktiviti songsang.

Perkara itu ekoran daripada penahanan seramai 201 individu lelaki di Chow Kit, pada 28 November lalu.

Jelasnya, kelulusan bagi sesuatu lesen mengikut permohonan rasmi yang dikemukakan oleh peniaga tersebut.

“Biasanya apabila ada permohonan lesen, apa yang kita berikan adalah lesen mengikut apa yang mereka tuliskan dalam paper (dokumen)… contohnya kalau dikatakan lesen untuk pembukaan spa, kita benarkan.

“Masalahnya adalah kadang-kadang kita beri lesen, tapi aktiviti yang dilakukan selepas daripada itu adalah di luar kawalan kita, itu yang kadang-kadang kita jumpa aktiviti-aktiviti yang selain daripada apa yang telah mereka mohon dalam lesen tersebut,” jelasnya, lapor Sinar Harian.

Perkara itu dimaklumkan oleh Dr Zaliha ketika menjawab soalan dari Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa yang menyoal tentang peranan agensi JPM di Wilayah Persekutuan untuk memantau, melesenkan dan mengawal premis spa supaya tidak disalah guna.

Ada jawatankuasa yang ditubuhkan untuk ambil tindakan

Jelas Dr Zaliha lagi, operasi penguatkuasaan DBKL dilakukan mengikut pemantauan berkala serta aduan yang telah diterima ia secara tidak langsung berjaya membongkar berbagai-bagai kesalahan dan ini termasuk kegiatan tak bermoral tersebut.

Katanya ada jawatankuasa dikenali sebagai ‘KL Strike Force’ yang ditubuhkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut aduan yang diterima.

“Dalam jawatankuasa itu, kita bekerjasama dengan agensi lain termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebagainya.

“Ia bergantung kepada mana agensi yang akan bertanggungjawab untuk ambil tindakan selanjutnya.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.