fbpx
Now Reading
Lelaki Dicekup Polis Selepas Kantoi Curi 2 Beg Jemaah Wanita

Lelaki Dicekup Polis Selepas Kantoi Curi 2 Beg Jemaah Wanita

Susulan daripada penahanan itu, polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai berkaitan dengan kegiatan curi tersebut seperti sehelai kemeja T berwarna hijau, sehelai seluar berwarna hitam, empat buah buku dan banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki menceroboh serta mencuri dua beg sewaktu mangsa sedang menunaikan solat Isyak di Masjid Gong Mak Som, Kampung Raja, Besut, Terengganu.

Kejadian mencuri dua beg jemaah itu dilaporkan berlaku pada Selasa (25 November) yang lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu lelaki berkenaan berusi 30 tahun dan telah ditahan di kediamannya di Jalan Tok Raja, Kampung Gong Tok Tor, Jertih pada jam 7.20 pagi, semalam (27 November).

2 beg diletakkan di belakang sewaktu jemaah tunai

Jelas beliau, penahanan ke atas suspek dilakukan ekoran laporan polis yang diterima pada malam hari sama (25 November) oleh seorang lelaki dimaklumkan mengenai jemaah wanita kehilangan dua beg.

Dua beg itu telah diletakkan di bahagian belakang sewaktu jemaah tersebut sedang menunaikan solat Isyak.

“Pengadu telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati seorang lelaki memasuki ruang solat jemaah perempuan sebelum melarikan beg berkenaan.

“Gambar suspek yang dirakam CCTV turut tular di media sosial dan tindakan pantas sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Besut Berjaya membawa kepada penangkapan suspek,” ujarnya, lapor Sinar Harian

Suspek positif methamphetamine

Ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan turut mengaku terbabit dalam satu lagi kes curi di Jertih yang disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.”

Ujar beliau lagi, polis juga merampas beberapa barangan yang dipercayai berkaitan dengan kegiatan curi berkenaan, antara yang dirampas:

  • Sehelai kemeja T berwarna hijau
  • Sehelai seluar berwarna hitam
  • empat buah buku
  • Dua beg kecil
  • Kunci
  • Tasbih
  • Beg kecil berzip

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, manakala bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara, denda atau sebat,” jelasnya.

Turut tular sebuah lagi insiden di Masjid Kg Che Lijah, Dungun

Dalam pada itu turut tular satu lagi insiden kecurian di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki yang mencuri beg jemaah wanita yang berada di ruang solat muslimah.

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan oleh Masjid Kg Che Lijah di TikTok, awalnya kelihatan seorang lelaki berada di pintu masuk.

Namun sebaik sahaja jemaah wanita sujud, dia kemudian segera masuk ke ruang berkenaan dan mengambil sebanyak dua beg sebelum berlari pergi.

Oleh itu, pihak masjid meminta semua jemaah yang hadir ke masjid terbabit untuk berjaga-jaga dan sentiasa memastikan barang berharga berada di tempat yang selamat ketika solat.

@masjid.kg.che.lijah

📢 Peringatan kepada semua jemaah Masjid Kg Che Lijah Pada Khamis, 27 November 2025, sekitar 8.22 malam ketika solat Isyak berjemaah ,telah berlaku kejadian kecurian melibatkan 2 beg tangan jemaah muslimah yang sedang menunaikan solat. Mohon semua jemaah muslimin dan muslimat agar sentiasa berjaga-jaga serta memastikan barang berharga berada di tempat selamat semasa solat. Sama-sama kita elakkan kejadian seperti ini berulang. Jawatankuasa Masjid Kg. Che Lijah.

♬ original sound – Masjid Kampung Che Lijah Rasmi – Masjid Kampung Che Lijah Rasmi

Apa yang mencuri tumpuan suspek di dalam video ini, juga menggunakan baju hijau dan mencuri dua tas beg tangan jemaah wanita yang sedang sujud.

Warna baju dan jumlah beg yang diambilnya sama dengan insiden yang berlaku di Masjid Gong Mak Som.

Pun begitu akaun rasmi Masjid Kg Che Lijah menafikan suspek yang ditahan polis adalah sama dengan suspek yang mencuri barang jemaah mereka pada 27 November.

Malah pengendali akaun TikTok masjid berkenaan, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Video cctv yang tular tu berlaku di Masjid Kg Che Lijah, Dungun semalam (27 November).

“Sehingga kini tiada maklumat lagi berkenaan penangkapan suspek, dan laporan polis telah dibuat oleh mangsa selepas kejadian malam tadi.

“Yang ditangkap tu di Besut, kes masjid lain bukan yang tular dalam video CCTV kami,” jelasnya kepada BuzzKini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.