fbpx
Now Reading
Akibat Ribut Senyar, Beberapa Insiden Pokok Tumbang & Tanah Runtuh Berlaku Di Negeri Sembilan

Akibat Ribut Senyar, Beberapa Insiden Pokok Tumbang & Tanah Runtuh Berlaku Di Negeri Sembilan

Jelas Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampangan, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Norazrul Fazri Ahmad sebaik tiba di lokasi tanah runtuh, pasukannya telah mengarahkan semua penghuni untuk mengosongkan rumah sebagai langkah keselamatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak semalam (27 November) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah memberi amaran mengenai Ribut Tropika Senyar yang bermula malam tadi sehingga Sabtu (29 November).

Ribut Tropika Senyar yang dikesan memasuki ruang udara Malaysia sejak Petang semalam dan ia berpotensi membawa hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di semenanjung.

Jelas Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip turut menasihatkan orang ramai khususnya yang berada di sempadan Selangor-Perak serta Pahang untuk berwaspada, lapor Berita RTM.

Banyak insiden pokok tumbang dan tanah runtuh di Negeri Sembilan

Susulan daripada amaran ribut tropika senyar, beberapa insiden bencana alam seperti tanah runtuh dan pokok tumbang dilaporkan berlaku di Negeri Sembilan terutama di daerah Port Dickson serta Seremban.

Insiden itu dilaporkan terjadi disebabkan hujan lebat yang berlaku berterusan sejak malam tadi (27 November).

Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Taman Bukit Berlian, Seremban dan ia telah menyebabkan sebanyak dua rumah terjejas.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampangan, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Norazrul Fazri Ahmad pihaknya telah tiba di lokasi berkenaan pada jam 4.07 pagi.

Pihak bomba mendapati tanah runtuh berlaku di bahagian belakang dua rumah dan meminta penghuni mengosongkan rumah.

“Setibanya di lokasi, pasukan kami telah mengarahkan semua penghuni untuk mengosongkan rumah sebagai langkah keselamatan.

“Semua enam mangsa telah keluar dari kediaman masing-masing dan tiada kecederaan dilaporkan. Kawasan tersebut masih dalam pemantauan rapi pasukan bomba,” ujarnya, lapor Berita Harian.

Pokok tumbang berdekatan pusat beli-belah di Seremban, penunggang gagal elak dari langgar pokok

Dalam pada itu, satu insiden pokok tumbang juga dilaporkan berlaku berdekatan sebuah pusat membeli-belah di Seremban.

Insiden itu difahamkan berlaku jam 3 pagi tadi dan seorang penunggang motosikal berusia 61 tahun mengalami kecederaan.

Jelas Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Pengawai Bomba Kanan II, Mohd Sharizal Boahari penunggang motosikal itu cedera kerana gagal mengelak daripada melanggar pokok tumbang.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai gagal mengelak sebelum melanggar pokok tersebut. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk rawatan lanjut.”

Manakala di Port Dickson pula sebuah kereta dilaporkan dihempap pokok tumbang berdekatan sebuah hotel kira-kira jam 3.15 pagi.

Memetik laporan Kosmo, pokok tumbang itu menghempap kenderaan jenis Proton Saga. Walau bagaimanapun tiada mangsa yang terbabit dalam insiden itu.

APM Port Dickson terima lebih 15 kes kerana Ribut Tropika Senyar sejak jam 11 malam

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Port Dickson turut memaklumkan pihaknya menerima lebih daripada 15 kes melibatkan insiden sejak jam 11 malam, semalam (27 November) ekoran daripada Ribut Tropika Senyar.

Kata Pegawai APM, Kapten Mohamad Ridzuan Mohamed Buniran hujan yang lebat serta angin kencang yang berlaku di daerah itu sejak malam tadi.

Malah pihak APM juga menerima banyak kes pokok tumbang dan sehingga kini masih ada beberapa insiden yang masih lagi belum selesai.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.