fbpx
Now Reading
Budak Bawah 16 Tahun Dilarang Buka Akaun Media Sosial Bermula 2026

Budak Bawah 16 Tahun Dilarang Buka Akaun Media Sosial Bermula 2026

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil usaha larangan individu bawah 16 tahun membuka akaun media sosial itu dilakukan untuk mengekang aktiviti jenayah siber rentas umur serta melindungi kanak-kanak dari jadi risiko pemangsa seksual.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan sememangnya banyak perkara yang menarik di media sosial, termasuk membuat kenalan baharu dan sebagainya.

Namun media sosial pada masa kini telah berkembang lebih besar di mana ia bukan sekadar platform mencari kenalan sebaliknya pengguna boleh berkongsi gambar dan video dan ia ditonton oleh umum termasuklah kanak-kanak.

Namun segelintir kandungan yang dilakukan oleh pengguna media sosial tidak bersesuaian untuk ditonton oleh golongan kanak-kanak dan boleh mempengaruhi tingkah laku serta permikiran anak kecil.

Kerajaan bakal laksanakan larangan bawah 16 tahun untuk buka akaun media sosial awal tahun depan

Susulan itu, kerajaan akan melaksanakan larangan pembukaan akaun media sosial kepada individu bawah umur 16 tahun dan ia bakal dikuatkuasakan awal tahun depan (2026).

Jelas Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil usaha itu merupakan keputusan Kabinet untuk mengekang aktiviti jenayah siber rentas umur dan melindungi kanak-kanak dari menjadi risiko pemangsa seksual.

Jangka semua platform media sosial dapat patuhi ketetapan

Kata beliau lagi, kerajaan turut menjangkakan semua platform media sosial juga dapat mematuhi larangan berkenaan untuk tempoh yang ditetapkan.

Perkara itu selaras dengan usaha untuk memperkukuhkan keselamatan digital negara.

“Kita harap menjelang tahun depan, platform-platform media sosial akan akur dengan kuputusan kerajaan untuk melarang kanak-kanak bawah 16 tahun membuka akaun media sosial,” jelasnya, lapor Berita Harian.

Kerajaan sedang buat penelitian pelaksanaan umur macam Australia dan negara lain

Menurut beliau lagi, kerajaan juga sedang membuat penelitian pelaksanaan had umur umum melalui Akta Keselamatan Dalam Talian serta Akta Komunikasi dan Multimedia.

Ia seperti yang dilaksanakan oleh Australia serta negara lain khususnya melalui mekanisme penguatkuasaan.

“Negara yang berbeza mungkin mengambil pendekatan yang berbeza, namun kita akan mengkaji kaedah yang paling sesuai untuk memastikan mereka di bawah umur 16 tahun dihalang daripada mempunyai akaun media sosial.”

Perlu pengesahan eKYC untuk setiap platform media sosial

Tambah Fahmi lagi, antara mekanime yang sedang dipertimbangkan adalah mewajibkan setiap platform media sosial untuk melakukan pengesahan eKYC yang membabitkan dokumen seperti pengenalan diri yang dikeluarkan oleh kerajaan contohnya:

  • MyKad
  • Pasport
  • MyDigital ID

“Kita menjangkakan platform dapat melaksanakannya menjelang tahun depan. Saya percaya bahawa jika kerajaan, badan kawal selia dan ibu bapa memainkan peranan masing-masing, kita dapat memastikan internet di Malaysia bukan sahaja pantas, meluas dan mampu milik, tetapi yang paling penting, selamat, khususnya untuk kanak-kanak dan keluarga,” jelasnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.