fbpx
Now Reading
“Skandal Pejabat, Temujanji Di Hotel” – Pasangan Suami Isteri Orang Ditangkap Khalwat

“Skandal Pejabat, Temujanji Di Hotel” – Pasangan Suami Isteri Orang Ditangkap Khalwat

Menurut Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), lelaki dan wanita itu berasal dari daerah berdekatan dan bekerja di pejabat yang sama selain saling mengenali pasangan masing-masing.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Selasa lalu (18 November), Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menangkap dua pasangan berstatus suami dan isteri orang yang disyaki berkhalwat di sebuah bilik hotel di Kluang.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik JAINJ di Facebook, dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, anggota penguat kuasa mengambil masa lebih lima minit mengetuk pintu bilik hotel berkenaan sebelum dibuka oleh seorang lelaki.

“Pintu cuba ditutup semula apabila mengetahui yang datang itu penguat kuasa. Penguat kuasa menolak pintu dan masuk ke dalam bilik,” katanya.

Beza umur 18 tahun, masing-masing sudah ada anak

Menurut JAINJ, semasa serbuan dilakukan, didapati televisyen di dalam bilik berkenaan dipasang dengan kuat selain tingkap bilik dalam keadaan terbuka.

“Pintu tandas tertutup dan berkunci, disyaki ada orang di dalam. Penguat kuasa ketuk tapi masih tidak dibuka. Lelaki berkenaan pujuk dan minta pintu dibuka, barulah wanita di dalam itu keluar. Wanita itu berpakaian kemeja-t dan seluar panjang serta kain menutup kepala.

“Lelaki berkenaan berusia 50-an berstatus suami orang dan ada anak, manakala wanita berusia 30-an itu juga isteri orang dan mempunyai anak. Beza umur 18 tahun,” katanya lagi.

Satu tempat kerja, saling kenal pasangan masing-masing

Menurut kenyataan itu lagi, mereka berasal dari darah berdekatan dan bekerja di pejabat yang sama selain saling mengenal pasangan masing-masing.

Ujar JAINJ, semasa tangkapan dilakukan, pasangan terbabit mengambil cuti tanpa pengetahuan suami dan isteri mereka.

“Hubungan mereka di pejabat macam biasa, tidak boleh nampakkan sangat dengan rakan sekerja lain,” ujarnya.

Semasa tangkapan katil dan selimut dalam keadaan berselerak

Jelas JAINJ, keadaan bilik ketika serbuan juga mendapati katil serta selimut dalam  keadaan berselerak dan berhamburan.

“Atas meja ada dua bungkus nasi lemak yang belum dimakan dan ada air kopi panas yang dah diminum separuh atas meja.

“Dalam bakul sampah ada tisu yang dah diguna tapi penguat kuasa tak ambil atau sita sebagai barang kes, tentu ada bau bacin,” kata kenyataan itu.

Berkongsi lanjut, JAINJ menyatakan pasangan berkenaan ditangkap khalwat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syarah Johor 1997.

Mereka dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Baca Artikel Berkaitan: Sanggup Redah 600 KM! Pasangan Kekasih Berstatus Suami & Isteri Orang Dicekup Kerana Disyaki Berkhalwat

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Bujang Ditangkap Khalwat Bersama Wanita Mengandung Di Johor

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.