fbpx
Now Reading
Struktur Besi Runtuh Di MRR2: Kerja Binaan Dihentikan, ECRL Beri Bantuan Kewangan Kepada Pemilik Kenderaan

Struktur Besi Runtuh Di MRR2: Kerja Binaan Dihentikan, ECRL Beri Bantuan Kewangan Kepada Pemilik Kenderaan

Menurut Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), struktur sementara ‘temporary steel canopy’ tersebut dibina bagi menghalang serpihan binaan jatuh ke atas jalan raya selain memudahkan pelaksanaan kerja RUB#16.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (18 November), kecoh di media sosial kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Suzuki Swift yang dihempap struktur besi kerja pembinaan Projek Laluan Pantai Timur (ECRL) di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Batu Caves.

Menerusi video tular, kelihatan kereta berkenaan yang dipandu oleh seorang wanita sedang bergerak di lorong tengah sebelum secara tiba-tiba kenderaannya itu dihempap oleh struktur besi dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.35 petang semalam.

Walau bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan pemandu wanita yang berusia 44 tahun itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambah Noor Ariffin, kes kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Nyaris Maut, Kereta Suzuki Swift Dihempap Runtuhan Struktur Besi Di MRR2

Kerja Pembinaan ECRL Dihentikan Sementara

Terbaharu, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan semua kerja pembinaan dikawasan terlibat telah dihentikan sementara menunggu siasatan menyeluruh oleh pihak berkuasa.

Jelasnya, keputusan ini sebagai langkah keselamatan.

ECRL Beri Bantuan Kewangan Segera Kepada Mangsa Terlibat

Tambahnya lagi, pemilik kenderaan yang terlibat dalam kejadian itu akan diberi bantuan kewangan segera.

MRL turut memberi jaminan bahawa keselamatan orang ramai menjadi keutamaan mereka.

Jelas MRL, struktur sementara itu diguna untuk kerja-kerja pembinaan Road Under Bridge (RUB) #16 dilaporkan telah mengalami kegagalan sehingga berlakunya insiden tersebut.

“Pihak ECRL akan memberikan bantuan kewangan segera kepada pemilik kenderaan yang terlibat bagi meringankan beban yang ditanggung, sementara menunggu siasatan dilengkapkan pihak berkenaan.

“Kerja-kerja pembersihan dan pengalihan struktur sementara berjaya dijalankan di bawah seliaan pihak berkuasa,” kata mereka.

Struktur Dibina Untuk Halang Serpihan Binaan, Dijadual Akan Dibuka Semula Pada 20 November

Terang MRL lagi, struktur sementara ‘temporary steel canopy’ tersebut dibina bagi menghalang serpihan binaan jatuh ke atas jalan raya selain memudahkan pelaksanaan kerja RUB#16.

Ia siap dibina pada bulan Oktober lalu dan proses pembukaan dijadualkan pada 20 November ini setelah mendapat kelulusan dari agensi terlibat.

“Pihak ECRL komited untuk memberikan kerjasama penuh kepada semua pihak berkuasa dalam siasatan yang sedang dijalankan serta memastikan semua langkah keselamatan dipatuhi.

“Keutamaan kami adalah keselamatan pengguna jalan raya, orang awam, dan pekerja projek.

“Kami amat menghargai perhatian dan kerjasama semua pihak berhubung insiden ini dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku,” jelas mereka.

Sebelum ini, laluan tersebut ditutup sementara susulan runtuhan berkenaan telah dibuka semula kepada orang ramai pada jam 4.40 petang semalam.

Pembukaan laluan dipantau oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia dibuat selepas pihak bomba telah melakukan pemeriksaan keselamatan bagi memastikan tiada risiko lain yang mungkin berlaku.

INSIDEN STRUKTUR SEMENTARA “TEMPORARY STEEL CANOPY” DI MRR2 FT28 Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), selaku pemilik…

Posted by East Coast Rail Link – ECRL on Tuesday 18 November 2025

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Nyaris Maut, Kereta Suzuki Swift Dihempap Runtuhan Struktur Besi Di MRR2

Baca Artikel Berkaitan: 2 Mangsa Maut, 3 Selamat Dalam Kes Runtuhan Struktur Besi Binaan SUKE

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.