Roblox Perkenal Ciri Keselamatan Baharu, Sekat Kanak-Kanak Dari ‘Sembang’ Dengan Orang Dewasa
Lebih menarik, ciri keselamatan terbaharu ini membolehkan proses sembang dilakukan mengikut kumpulan umur sekaligus mengehadkan komunikasi antara kanak-kanak dan golongan dewasa.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Aplikasi permainan popular, Roblox sememangnya mempunyai peminatnya yang tersendiri baik dari kanak-kanak sehinggalah ke golongan dewasa.
Selain menawarkan pelbagai jenis permainan dalam satu platform, pemain juga boleh berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira had umur.
Walau bagaimanapun, keadaan ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa apatah lagi pemain bawah umur khususnya bebas berbual atau bersembang dengan golongan dewasa.
Roblox Perkenal Ciri Keselamatan Baharu Bermula Di 3 Buah Negara
Terbaharu, Roblox telah memperkenalkan ciri keselamatan terbaharu dengan mewajibkan semakan umur buat pengguna yang mahu mengakses fungsi sembang.
Melalui ciri ini, pemain perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri dengan membuat imbasan wajah sebelum menggunakan ciri tersebut.
Memetik BBC, ia merupakan sebahagian dari perluasan ciri keselamatan aplikasi permainan berkenaan.
Walau bagaimanapun buat masa ini, penilaian umur itu hanya berkuatkuasa di tiga buah negara iaitu Australia, New Zealand dan Belanda bermula Disember.
Namun, ia akan diperluaskan di peringkat global bermula Januari depan.
Komunikasi Pengguna Dihadkan & Hanya Boleh Bersembang Mengikut Kumpulan Umur
Lebih menarik, ciri keselamatan terbaharu ini membolehkan proses sembang dilakukan mengikut kumpulan umur sekaligus mengehadkan komunikasi antara kanak-kanak dan golongan dewasa.
Proses ini akan dilakukan menerusi teknologi Facial Age Estimation dalam aplikasi permainan berkenaan bagi menilai umur pengguna.
Jelas laman itu lagi, kesemua imej yang dimuat naik untuk proses semakan akan dipadam sebaik sahaja proses selesai bagi memastikan privasi terpelihara.
Sebaik semakan dilakukan, pemain akan ditempatkan dan dibolehkan bersembang mengikut enam kumpulan umur iaitu:
- Bawah 9 tahun
- 9 hingga 12 tahun
- 13 hingga 15 tahun
- 16 hingga 17 tahun
- 18 hingga 20 tahun
- 21 tahun ke atas
Pengguna Masih Boleh Berinteraksi Dengan Ahli Keluarga & Rakan Rapat
Walau bagaimanapun, pengecualian akan diberikan kepada pengguna yang mahu berinteraksi dengan ahli keluarga atau kenalan rapat melalui fungsi Trusted Connections.
Pun begitu, memetik BBC, pengguna yang berusia bawah 13 tahun masih lagi akan disekat dari menghantar mesej peribadi serta menyertai sembang tertentu melainkan kebenaran ibu bapa.
Untuk info, Roblox sebelum ini mendapat kritikan kerana membenarkan kanak-kanak mengakses kandungan yang tidak sesuai disamping boleh berkomunikasi dengan golongan dewasa.
Aplikasi itu secara purata mempunyai lebih 80 juta pemain harian pada tahun 2024 dengan 40% daripadanya merupakan kanak-kanak yang berusia bawah 13 tahun.
Baca Artikel Berkaitan: AMANAH Johor Minta Kerajaan Pertimbang Haramkan Permainan Roblox Buat Kanak-Kanak
Baca Artikel Berkaitan: Turkiye Haramkan Permainan Roblox
Baca Artikel Berkaitan: Anak Suka Main Game Online Guna Gajet? Pakar Perjelas Boleh Wujud Risiko Gangguan Mental [Video]



