fbpx
Now Reading
Tular Video Wanita Terjun Kereta, Rupanya Takut Dipukul Suami

Tular Video Wanita Terjun Kereta, Rupanya Takut Dipukul Suami

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, siasatan awal mendapati berlaku pergelutan ketika itu menyebabkan wanita terbabit bertindak terjun dari kereta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak semalam (13 November), tular di media sosial satu rakaman dashcam memaparkan seorang wanita secara tiba-tiba terjun dari kereta di sebuah kawasan jalan raya di Sungai Petani, Kedah.

Dalam video viral yang dikongsikan di TikTok, kelihatan wanita berkenaan berlari sebaik sahaja terjun sebelum dikejar oleh seorang lelaki.

Penularan video berkenaan telah mendapat perhatian ramai di mana pelbagai spekulasi yang timbul berhubung kejadian itu.

@chinapressdigital 家暴只有零次和无数次! #中国报 #动新闻 #家暴 #吉打 #Kedah ♬ original sound – 中国报

Wanita nekad terjun kereta rupanya bimbang dipukul suami

Terbaharu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, wanita terbabit bertindak nekad terjun daripada kereta dipandu suaminya dipercayai kerana bimbang dipukul suami.

Menurutnya, berikutan itu pihak polis menerima satu laporan daripada mangsa yang mendakwa terpaksa bertindak sedemikian demi keselamatan dirinya.

Ujarnya, siasatan awal mendapati berlaku pergelutan ketika itu menyebabkan wanita terbabit bertindak demikian.

“Sebelum itu, mangsa mendakwa diseret masuk ke dalam kereta oleh suaminya ketika berada di sebuah stesen minyak di Sungai Lalang kira-kira jam 6 petang, kelmarin (12 November).

“Sepanjang perjalanan itu, berlaku pergelutan menyebabkan mangsa cuba melepaskan diri daripada suami yang dipercayai dalam keadaan marah.

“Namun sewaktu tiba di lokasi, mangsa nekad terjun selepas membuka pintu kereta bahagian penumpang kerana dipercayai berasa takut dengan tindakan suami,” katanya dipetik Berita Harian.

Baru berkahwin tahun lepas, mangsa dakwa kerap dipukul suami

Menurutnya lagi, berdasarkan siasatan, pasangan itu sudah berkahwin sejak Oktober 2024 dan tinggal berasingan sejak sebulan lalu kerana mangsa mendakwa kerap dipukul.

“Berikutan itu, suami mangsa ditahan reman bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan polis menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan berhubung pergaduhan dengan seorang wanita di Lencongan Timur semalam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.