Tular Kisah Lelaki ‘Dimadukan’ Wanita, JHEAIK Jalankan Siasatan
Menurut Pengarah JHEAIK, Datuk Dr Abd. Ghani Zainuddin, siasatan awal mendapati wanita berkenaan sudah bercerai namun masih menjalinkan hubungan dengan bekas suaminya itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (13 November), kecoh di media sosial pendedahan seorang lelaki yang didakwa ditipu dan ‘dimadukan’ oleh seorang wanita yang dikahwininya.
Menerusi perkongsian itu, lelaki yang berasal dari Kedah berkongsi kisahnya mendirikan rumah tangga dengan isteri yang dikenali menerusi kumpulan peminat kereta Perodua Axia.
Menerusi posting yang tular, lelaki tersebut mengambil keputusan untuk berkahwin atas dasar tanggungjawab selepas wanita berkenaan mendakwa dirinya telah hamil.
Pasangan itu kemudiannya bernikah di Thailand dan tinggal berasingan sebelum perbuatan wanita berkenaan terbongkar selepas bayi yang dilahirkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital dan lelaki berkenaan dilarang melawat anaknya itu.
Malah, lelaki itu mendakwa isterinya masih mempunyai suami yang sebelum ini diperkenalkan sebagai abang kandung dan menggunakan dokumen cerai palsu namun semakan di pejabat agama mendapati status perkahwinan masih sah.
Difahamkan, dia telahpun membuat laporan polis dan pergi ke pejabat agama berhubung isu berkenaan.
Perkongsian itu nyata mendapat perhatian hingga ia menjadi bualan ramai dan sohor di media sosial.
JHEAIK Siasat 3 Individu Susulan Dakwaan Wanita Bersuami Dua
Terbaharu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) menyiasat seorang wanita yang didakwa mempunyai dua orang suami serta dipercayai terlibat dalam beberapa kesalahan syariah negeri tersebut.
Menurut Pengarah JHEAIK, Datuk Dr Abd. Ghani Zainuddin, jabatannya telah membuka tiga siasatan susulan isu yang melibatkan wanita berkenaan.
“Siasatan turut dijalankan ke atas dua lelaki yang dikaitkan dengan wanita berkenaan.
“Siasatan awal mendapati wanita berkenaan sudah bercerai namun masih menjalinkan hubungan dengan bekas suaminya itu.
“Bagi kes itu wanita berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 25 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024 (Khalwat),” katanya yang dipetik dari Kosmo.
Tambahnya lagi, wanita itu juga akan disiasat di bawah Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 (menghina atau menyebab dipandang hina dll agama Islam).
“Kita juga menjalankan siasatan ke atas wanita berkenaan dan suami baharunya di bawah Seksyen 40 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 berkaitan kesalahan berhubungan secara akad nikah yang dibaca bersama Seksyen 14 enakmen sama berkaitan perkahwinan seseorang perempuan,” terangnya lagi.
Lelaki Padam Hantaran Asal Di Media Sosial
Semakan kami di akaun lelaki berkenaan mendapati hantaran asal perkongsian terbabit telahpun dipadam.
Namun, pengguna yang didakwa menjadi suami kedua itu dalam hantaran terbaharunya menjelaskan dia memadam hantaran itu kerana memikirkan keselamatan keluarga terutama ibunya.
Malah, dia juga telah diminta oleh pihak berkuasa untuk memadam segala hantaran berkaitan agar siasatan dapat berjalan dengan lancar khususnya di bawah Enakmen Jenayah Syariah.
Jelas lelaki itu lagi, tujuannya menularkan perkara tersebut agar orang ramai berhati-hati dengan wanita berkenaan yang didakwa mempunyai rekod jenayah kerana penipuan (scam).
@mat_syed00 Saya Muhamad Basyir “suami” kedua Hamidatul Husna (UNA) yang telah kecoh di viral minggu ini ingin menjelaskan kan bahawasanya posting sebelum ini saya DELETE kerana faktor keselamatan IBU saya dan juga kes ini telah mendapat liputan SANGAT meluas dari pihak media luar sana. Pihak2 berkuasa juga meminta saya memadam segala posting supaya segala siasatan keatas mereka berdua dapat dijalankan dengan lancar. Walau bagaimanapun, kes saya tetap akan berjalan dibawah enakmen jenayah syariah dan saya tidak akan sekali kali menarik repot beserta bukti yang telah saya kemukakan.Tujuan saya viralkan mereka kerana bertujuan ingin netizen diluar sana lebih waspada dgn hamidatul husna dan mohd baki kerana mereka memang mempunyai rekod jenayah scam orang sebelum ini. Oleh yang demikian, Saya sedia memberikan sepenuh kerjasama pada semua pihak berkuasa dan tidak sedikit pun mempunyai perasaan takut untuk memberikan maklumat pada pihak berkuasa #ujianhidup #allahuallah #semogaallahpermudahkansegalanya #fyp
♬ Perwiraku teruskan berjuang – Ri Za
Tonton video penuh [DI SINI]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Terkejut ‘Dimadukan’ Isteri Kedua Selepas Wanita Itu Hilang Empat Bulan
Baca Artikel Berkaitan: Peguam Syarie Dedah Kes Wanita Miliki 2 Suami, Siang Rumah Lain & Malam Rumah Lain
