fbpx
Now Reading
Penjenayah Cuba Larikan Diri & Nyaris Gilis Anggota Polis Ditahan, Ada 25 Rekod Lampau [Video]

Penjenayah Cuba Larikan Diri & Nyaris Gilis Anggota Polis Ditahan, Ada 25 Rekod Lampau [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa sewaktu hendak ditangkap suspek bertindak agresif menola anggota polis dan melarikan diri menggunakan kereta Vios yang dipandunya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, tular di media sosial satu video memaparkan detik cemas dua buah kenderaan yang berlanggar di sebuah stesen minyak di Persiaran Raja Muda Musa, Klang, Selangor. Malah terdapat dakwaan berlakunya insiden menembak ketika kejadian.

Dalam video itu, kelihatan seorang lelaki terbaring di atas jalan berdekatan pam minyak selepas kereta Toyota Vios berlalu pergi.

Menerusi satu lagi video dari rakaman litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan, awalnya kelihatan dua individu yang dipercayai anggota polis keluar daripada sebuah kenderaan Honda Civic dan berdepan dengan pemandu Vios yang disyaki penjenayah.

Namun sewaktu sedang bergelut kelihatan pemandu Vios secara tiba-tiba menekan pedal minyak dan kenderaan berjalan sehingga menyebabkan dua anggota polis itu terjatuh ke atas jalan.

View on Threads

Polis tahan penjenayah hampir gilis anggota penguatkuasa

Terbaharu, polis memaklumkan penjenayah yang tular kerana bertindak agresif sehingga hampir melanggar anggotanya telah ditahan pada awal pagi tadi (13 November).

Lelaki warga tempatan yang berusia 33 tahun itu ditahan sekitar jam 12.45 di sekitar bandar Bukit Tinggi, Selangor.

Suspek terbabit kes samun di Subang Jaya

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa hasil siasatan yang dilakukan mendapati suspek disyaki terbabit dengan satu kes samun di Subang Jaya.

Jelasnya siasatan mendapati pasukan polis telah terserempak dengan sebuah kereta Vios yang dinaiki oleh lelaki berkenaan sekitar jam 2.30 petang pada 12 November di stesen.

“Apabila hendak ditangkap, suspek bertindak agresif menolak anggota polis dan melarikan diri menggunakan kereta dipandunya itu.

“Pada masa tersebut, kereta suspek telah melanggar dan hampir menggilis kaki anggota polis serta melanggar kereta digunakan pasukan polis,” ujarnya, lapor Kosmo.

Anggota polis alami kecederaan, pemandu Vios turut memandu melawan arus

Katanya lagi, kesan daripada insiden terbabit anggota polis tersebut mengalami kecederaan serta dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.

Manakala kereta yang digunakan oleh polis sewaktu kejadian mengalami kerosakan.

Jelas beliau, lelaki yang memandu kereta Vios itu didapati memandu melawan arus di laluan Persiaran Raja Muda Musa menghala ke Shah Alam.

“Seterusnya, suspek telah meninggalkan keretanya di tepi jalan Persiaran Sultan Ibrahim sebelum melarikan diri.

“Bertindak maklumat, suspek kemudiannya berjaya ditangkap dengan semakan menunjukkan lelaki itu mempunyai 20 rekod jenayah lampau dan lima rekod dadah.”

Perakam video ambil serpihan kunci bukan peluru atau pistol

Ramli turut menegaskan siasatan lanjut juga masih dilakukan termasuk penglibatan jenayah yang dibuat lelaki terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 dan 307 Kanun Keseksaan atas kesalah menghalang penjawat awam dan cubaan membunuh.

Malah Ramli memaklumkan perakam video bukan mengambil peluru mahupun pistol sebaliknya serpihan kunci pada pinggang mangsa (anggota polis).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.